Jumaat, 15 Mac 2013

SIAPA PAK DIN KAIN BUROK NI ??? @Khairykj @ZambryAbdKadir @azwanbro @TunFaisal @hairul_own

Pak Din KB atau Pak Din Kain Burok dalam ceramahnya semalam di jalan banjar mengatakan bahawa kejadian di Lahad Datu sama macam kejadian yang menimpa Memali.

Beliau seolah olah mahu menyeret kerajaan sebagai dalang di dalam peristiwa berdarah di Sabah itu.

Apa maksud Pak Din KB ni yang sebenarnya?

Beliau juga membuat pertanyaan, adakah pengikut kesultanan Sulu itu benar benar mahu menyerang Sabah atau kerajaan Sabah? Sedangkan mereka boleh melakukan serangan sebaik sahaja mendarat ke kawasan Lahad Datu tersebut.

Untuk pengetahuan Pak Din, pengganas tersebut tidak masuk serentak tetapi sedikit demi sedikit dan mereka masuk melalui perkampungan air di Lahad Datu, kalau tak tau situasi sebenar, jangan bercakap Pak Din, ini le akibat daripada orang yang kecewa tak dapat jawatan dalam UMNO kemudian lompat parti dan mulakan tuduhan.

Kalau pak din rasa hebat sangat, sambut cabaran Menteri Pertahana, pergi ke Sabah dan berjuang bersama sama dengan anggota keselamatan kita di sana, mana tau kalau ada pulak peluru Sulu yang berkenan, boleh juga hinggap di badan Pak Din, free je mati syahid.

Beliau juga mengimbaukan kembali peristiwa hitam di Memali, yang mana beliau mendakwa bahawa beliau adalah anak kepada ustaz Ibrahim Libya, sebelum menyertai pembangkang, Pak Din KB adalah ahli UMNO dan menyokong kepimpinan kerajaan, tapi setelah menyertai Pembangkang, beliau mengatakan bahawa peristiwa Memali itu adalah konspirasi yang dilakukan oleh UMNO, adakah Pak Din lupa bahawa Ibrahim Libya terkorban setelah cuba membawa pengikutnya untuk menentang kerajaan hanya kerana beliau menuruti Amanat haji Hadi yang mengatakan bahawa Syahid menentang kerajaan, dan satu perkara lagi, Arwah Ibrahim Libya tidak dimandikan dengan alasan arwah mati Syahid.

Dan ada individu yang mengaku bahawa beliau ditugaskan untuk menjiruskan air mawar di atas kubur semua Arwah seramai 17 orang demi untuk menunjukkan bahawa kesemua mereka itu mati syahid dan kubur mereka wangi.

Beliau juga mengatakan bahawa bukan mudah untuk menjatuhkan kerajaan kerana kerajaan ada SPRM, SPR, Polis, tali gantung, kem kemunting dan BR1M.

Itu juga menampakkan Pak Din KB kurang bijak dalam berpolitik dan tidak matang, beliau juga mengatakan BR1M adalah duit yang dibayar oleh rakyat.

Apa maksud pak din ni? Setahu Sangkakala, ramai juga dikalangan orang PAS yang mengambil BR1M dan rata rata mereka mengucapkan syukur, tidak ada istilah duit siapa, janji rakyat sama dapat manafa'at dari hasil keuntungan negara.

Jadi disini Sangkakala huraikan bahawa Pak Din KB memang sesuai di gelar 'Kain Burok' oleh penduduk setempat kerana sifat beliau yang suka memburuk burukkan sesuatu walaupun ianya elok.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: