Selasa, 19 Mac 2013

SEKALI LAGI PAS TIDAK HARGAI PERJUANGAN PARA PEJUANG LAHAD DATU

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas kenyataan Harun Taib berkenaan dengan kenyataan pemimpin PAS itu yang mengatakan bahawa para pejuang di Lahad Datu yang gugur sebagai syahid dunia.

Kenyataan Hatun Taib dilihat seolah olah tidak menghargai perjuangan para syuhada yang gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Bagai mana seorang ahli agama seperti Harun Taib mengklasifikasikan kematian para pejuang negara ini sebagai syahid dunia?

Bukankah mereka ini gugur untuk mempertahankan negara, nyawa, harta benda daripada pengganas yang menceroboh ke Lahad Datu?

Pemimpin PAS sengaja untuk menyangkal keputusan majlis fatwa kerana majlis fatwa telah mengeluarkan kenyataan bahawa pejuang yang terkorban di Lahad Datu sebagai syahid akhirat.

Ini semua diputuskan apabila majlis fatwa mengkaji dari semua aspek dimana para pejuang ini terkorban dalam usaha mereka mempertahankan negara.

Jika PAS mengambil pendekatan bahawa mereka yang terkorban berperang dengan pengikut kesultanan Sulu yang juga beragama Islam ini dilihat sebagai satu penilaian yang dibuat tanpa mengira dari segi atau aspek yang lain.

Kerajaan Malaysia telah menggunakan kaedah rundingan dan mengambil pendekatan agar tiada pertumpahan darah berlaku dalam pencerobohan tersebut, tetapi pihak kesultanan Sulu telah mensia siakan peluang serta tundingan yang dijalankan oleh kerajaan dan pasukan keselamatan.

Mereka bertindak menyerang pasukan keselamatan dan telah membunuh 2 orang anggota VAT69 pada awalnya dan diikuti dengan kematian demi kematian anggota keselamatan dan jumlah anggota keselamatan negara yang gugur mencecah kepada 9 orang kesemuanya.

Adakah memerangi mereka ini masih dikira sebagai syahid dunia sedangkan anggota keselamatan yang gugur itu cuba mempertahankan nyawa dan negara?

Ini semua perlu dijadikan kajian oleh pemimpin PAS dalam menentukan sama ada mereka ini syahid dunia atau akhirat dan jangan terlalu mengambil kira aspek politik semata mata.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: