Selasa, 12 Mac 2013

"SAYA TAK SOKONG TAPI KENA BAGI MENANG"

Pelik tak bila ayat tu keluar dari mulut seorang guru? Walau apa pun itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh orang yang memerhatikan perjalanan politik selama ini.

Perkataan ini dikeluarkan oleg seorang guru dihadapan rakan Sangkakala yang juga merupakan seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah.

Rakan Sangkakala juga agak terperanjat dengan kata kata tersebut memandangkan guru perempuan ini bukanlah seorang yang berpolitik selama ini dan beliau juga kurang bercampur dengan guru guru lain.

Apa bila ditanya, siapa yang perlu menang, dengan penuh yakin beliau mengatakan bahawa Barisan Nasional perlu menang, bertambah lagi kehairanan rakan Sangkakala kerana ini bermakna beliau tidak menyokong Perdana Menteri.

Walau apa pun beliau mempunyai alasan tersendiri dalam meyatakan kenyataan tersebut.

Beliau mengatakan bahawa beliau tidak menyokong Perdana Menteri kerana terkilan apabila beliau tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia kerana gaji beliau yang mencecah RM 3500 dan setelah di campur dengan pendapatan suami, ianya mencecah ke RM 8000 sebulan, jadi ini membuatkan beliau tidak layak menerima bantuan tersebut.

Agak melucukan juga dengan guru sorang ni, pendapatan dah melebihi dari apa yang diperlukan masih lagi ingin mendapatkan BR1M.

Itulah yang menjadi kebanggaan apabila kerajaan mengumumkan pemberian BR1M kepada rakyat berpendapatan dibawah RM 3000 sebulan dan ini melayakkan mereka untuk mendapat RM 500 bagi setiap keluarga.

Tapi apa yang dimaksudkan oleh beliau kena bagi menang?

Itu juga menjadi tanda tanya, biasanya jika tak suka untuk memberikan kemenangan juga adalah mustahil, tapi kali ni terbalik pula.

Menurut guru ini, kerajaan Barisan Nasional perlu diberi kemenangan demi untuk meneruskan agenda memantapkan ekonomi rakyat seluruh negara.

Lagi satu, beliau juga berkata Melayu kini sudah diberi dengan pelbagai tekanan dan beliau melihat hanya UMNO dan Barisan Nasional yang mampu untuk memberikan keselesaan kepada rakyat khususnya orang Melayu.

Jika pakatan pembangkang diberi kuasa untuk memerintah, maka tekanan terhadap Melayu itu akan bertambah dan ini sudah pasti akan menyusahkan rakyat, beliau juga berpendapat, bukan sahaja Melayu yang akan menerima impak dari penindasan ini, malah kaum lain juga akan merasa tempiasnya.

Pada Sangkakala, kenyataan guru ini ada juga benarnya kerana memang di masa kini, tekanan demi tekanan diberikan oleh pembangkang terhadap Melayu dan Islam, dan bukan itu sahaja, malah bangsa lain juga menerima impak yang sama.

Beliau juga berpendapat jika sekarang beliau yang berpendapatan RM 3500 tidak layak untuk menerima BR1M, bagaimana nanti dengan bertukarnya corak pentadbiran dalam negara?

Mampukah pembangkang melakukan sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sekarang, walaupun ketua pembangkang mengatakan bahawa pekatan pembangkang akan memberikan pelbagai inisiatif kepada rakyat sekiranya mereka menjadi pemerintah, namun itu bagi beliau hanyalah omongan kosong kerana telah terjadi bukti dimana kerajaan Selangor yang ditadbir oleh mereka gagal melaksanakan manifesto yang diberikan semasa PRU12 yang lalu.

Mungkin beliau dapat mencongak percaturan politik kerana pada perkiraan beliau pakatan pembangkang tidak akan mampu melakukan sepertimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional kini.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: