Rabu, 20 Mac 2013

PERDANA MENTERI @NajibRazak TIDAK AKAN BUBARKAN PARLIMEN

Ramai yang percaya tentang kehadiran surat layang palsu yang diedarkan melalui khidmat pesanan ringkas dan termasuk bbm, whatsapp dan sebagainya.

Semua orang nak sangat pilihanraya ke sampai sanggup buat surat macam tu dan dihantar ke semua orang?

Kan ke Perdana Menteri dah bagi tau, beliau hanya akan bubarkan Parlimen apabila beliau sudah keletihan, tapi sekarang ni masih nampak lagi kecergasan Perdana Menteri.

Jadi tak payah le nak ingat sangat bila nak buat pilihanraya ni.

Lagi satu ada pula spekulasi dari pembangkang yang mengatakan kerajaan yang ada sekarang ini tidakn sah dan sebagainya kerana menurut mereka parlimen telah terbubar dengan sendiri pada 8 March yang lalu.

Yang bercakap tu pula ada le sorang dua ahli parlimen, tapi yang melebih lebih pulak ialah yang bukan ahli parlimen, atau dalam kata lain baru nak cuba cuba nasib jadi ahli parlimen la, paling tidak pun jadi ADUN.

Mereka iniu mungkin lupa, selagi parlimen tidak terbubar dengan sendirinya maka selagi itu kerajaan ini adalah kerajaan yang sah, dan selagi pihak SPR yang mengendalikan Pilihanraya sejak dari dulu lagi tidka mengeluarkan kenyataan bahawa parlimen terbubar, maka ianya belum lagi bubar.

Dan didalam perlembagaan persekutuan ada memperuntukkan undang undang dimana Perdana Menteri dari kerajaan yang dipilih layak atau berhak untuk membubarkan parlimen tetapi perlu mendapat perkenan dari DYMM Yang diPertuan Agung terlebih dahulu sebelum pembubaran.

Ini baru kereta rasmi Perdana Menteri masuk dalam istana, dah semua mengelupur kata nak bubar parlimen, kenapa selama ini Perdana Menteri pergi ke istana negara semua tak kata nak bubar parlimen?

Kita tengok lepas PRU nanti, Perdana Menteri akan pergi mengadap Agung untuk sebarang urusan dan kita boleh katakan Perdana Menteri nak bubar parlimen walaupun hari mengundi baru 3 bulan dijalankan.

Kadang kadang ini pun salah satu sandiwara Pakatan Pembangkang juga, yelah selama ini pun mereka ni yang menyalak nyalak sangat nakkan pilihanraya seolah olah boleh menang sangat.

Rakyat pun dah jelak dengan pakatan pembangkang ni yang tak lekang oleh isu isu yang mengusik sensitiviti masyarakat di Malaysia.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: