Khamis, 14 Mac 2013

PENGUNDI TITI SERONG KESAL DENGAN KREDIBILITI WAKIL RAKYAT PAS @ZambryAbdKadir @TunFaisal @hairul_own

Takkan pisang berbuah dua kali, itulah ungkapan yang diberikan oleh para pengundi DUN Titi serong yang kini rata ratanya kesal dengan ADUN kawasan tersebut yang dilihat lepas tangan.

Beberapa siri bantuan dari pihak UMNO dan Barisan Nasional serta NGO dilihat lebih berkesan walaupun mereka kebanyakkannya telah memberikan kepercayaan kepada ADUN dari PAS, Idham Lim Abdullah.

Sikap lepas tangan yang dimaksudkan oleh mereka ilaha ketidakbertanggung jawaban ADUN tersebut yang seolah olah hanya mahu menjawat jawatan sebagai wakil rakyat, namun tidak mampu untuk melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna.

Para pengundi khususnya dikawasan pedalaman yang kebanyakannya adalah dari golongan orang miskin tidak dibela oleh ADUN tersebut.

Beberapa kali aduan telah dibuat, beberapa orang telah pergi untuk bertemu dengan beliau untuk mengadu nasib, tapi ianya seolah olah dipandang sepi.

Tau tau sekarang Idham dikatakan akan bertanding di kawasan lain dan akan meninggalkan kawasan Titi Serong serta digantikan dengan calon yang lain pula untuk menutup segala kepincangan yang telah beliau lakukan.

Cukup mudah untuk melepaskan diri dari masalah, bila sudah mempunyai beberapa masalah, maka tukar ke kawasan lain dan sudah pasti pengundi di kawasan tersebut tidak terhidu segala kebusukan yang pernah dilakukan dikawasan yang lama.

Ini adalah kerja kerja yang biasa dilakukan oleh mana mana ADUN atau Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang.

Begitu juga apa yang bakal terjadi dan telah terjadi di Parit Buntar khususnya, calon kali ini akan ditukarkan dengan orang lain, dan Idham akan diletakkan dikawasan yang lain, calon baru akan meletakkan menifesto mereka sekiranya mereka menang dan perkara sama akan berlaku sekali lagi dan begitulah seterusnya.

Hingga kini hanya UMNO dan Barisan Nasional yang menampakkan diri untuk terus berjuang membantu rakyat di sekitar kawasan Parit Buntar, mereka ditinggalkan begitu sahaja tanpa pembelaan oleh wakil rakyat dari pakatan pembangkang.

Bagi Ahli Parlimen pula, kawasan Parit Buntar tidak ada dalam lanskap atau jadual perjalanan beliau selama ini, cuma sejak akhir akhir ini sahaja barulah muka kelihatan kononnya perihatin dengan nasib rakyat.

Berjalan jalan untuk mencari masalah rakyat yang telah diselesaikan oleh UMNO dan Barisan Nasional hampir keseluruhannya.

Sangkakala amat yakin dan percaya jika sekali ini sudah pasti pakatan pembangkang akan menjunam di kawasan Titi Serong, Kuala Kurau dan Parlimen Parit Buntar yang selama ini dikatakan menjadi kubu kuat pakatan pembangkang.

Dan kita nanti insyaallah kita akan dapat melihat "BULAN GERHANA DI PARIT BUNTAR".


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: