Rabu, 20 Mac 2013

PANGLIMA PERANG LARI TINGGALKAN KUBU

Pada kebiasaannya, seorang panglima peramg tidak akan meninggalkan kubunya walau apa pun terjadi, ibarat kata pepatah 'Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata'.

Namun apa yang terjadi kepada panglima perang pakatan pembangkang yang dikatakan akan meninggalkan kubu beliau di Permatang Pauh?

Sudah pasti semua pembaca dapat mengagak siapa orangnya bukan?

Anwar Ibrahim dikatakan tidak lagi akan bertanding di kawasan Permatang Pauh yang dulu menjadi kubu kuat baginya dan disitu juga tempat dimana Wan Azizah bertanding pada tahun 2004 buat kali pertama.

Kini beliau akan meninggalkan pasukan beliau sendiri dan akan berpindah untuk bertanding di tempat lain.

Tapi persoalannya kenapa? Adakah orang Permatang Pauh sudah tidak lagi mahu menerima beliau sebagai ahli parlimen mereka ekoran dari tuduhan tuduhan salah laku yang dihalakan terhadap beliau selama ini dan Anwar sudah merasakan bahawa tempat itu tidak lagi selamat untuknya.

Apa akan jadi dengan segala janji yang pernah ditaburkan oleh Anwar kepada para penyokong beliau di kawasan tersebut?

Inilah Anwar Ibrahim, begitu mudah meninggalkan sesebuah kawasan dan tidak mustahil nanti beliau akan meninggalkan negara jika berlaku sesuatu.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: