Ahad, 24 Mac 2013

MAJLIS RAMAH MESRA MASYARAKAT INDIA BUKIT GANTANG @ZambryAbdKadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own

Majlis ramah mesra Menteri Besar bersama masyarakat India di Parlimen Bukit Gantang dihadiri hampir 3 ribu masyarakat itu di Taman Kaya Taiping.

Turut hadir dalam program beberapa pemimpin parti komponen kawasan Bukit Gantang dan speaker Dewan Undangan Negeri YB Datuk R. Ganesan

Dalam ucapan alu aluan daripada Datuk Veerasinggam selaku penasihat YAB Menteri Besar, beliau mengatakan bahawa semasa Pilihanraya Kecil Bukit Gantang tak berapa lama dahulu, Menteri Besar Perak telah berjanji untuk membina sebuah sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan YAB Menteri Besar telah meluluskan tanah seluas 3.5 ekar untuk pembinaan tersebut.

Beliau juga bertanya, semasa pemerintahan Bekas Menteri Besar Pakatan Pembangkang selama 11 bulan, apakah ada perjuangan untuk kaum india semasa itu? Dan beliau mengatakan juga bahawa kebajikan kaum India di Taiping terabai dan terbiar.

Datuk Haji Rosli ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang pula berkata, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Perak kerana tidak jemu jemu untuk datang ke parlimen Bukit Gantang.

Beliau juga mengatakan bahawa hari ini jelas memperlihatkan penyatuan diantara semua jentera dan beliau yakin bahawa Parlimen Bukit Gantang dan DUN DUN yang ada di kawasan Bukit Gantang akan dimenangi oleh Barisan Nasional.

Dalam ucapan perasmian YAB Menteri Besar, beliau mengatakan bahawa hujan yang turun pada hari ini adalah hujan rahmat.

Dan beliau mengharapkan akan ada berita baik untuk rakyat di Bukit Gantang.

Beliau mengatakan bahawa hari ini ada satu majlis perasmian di Taiping oleh pembangkang dan didalam program tersebut, mereka telah menggelar Menteri Besar Perak sebagai Menteri Besar haram jadah, dan Menteri Besar Perak mengatakan biarlah apa mereka nak kata, tapi kita tetap akan berkhidmat untu rakyat.

Menteri Besar meminta supaya semua yang hadir untuk membacakan al-fatihah bagi yang Islam dan bagi bukan Islam pula diminta untuk bertafakur seketika untuk para pejuang yang terkorban di Lahad Datu.

Sebagai seorang pemimpin sepatutnya pembangkang tidak melaga lagakan masyarakat, tetapi mereka kini melagakan rakyat dengan kerajaan dengan mengatakan bahawa konflik di Lahad Datu adalah konspirasi UMNO dan ini dilihat sebagai satu fitnah untuk memburukkan kerajaan dan menimbulkan rasa marah rakyat kepada kerajaan.

Pada petang ini, Menteri Besar Perak berkata bahawa beliau datang untuk menepati janji kerajaan yang mana kerajaan akan melihat kepada keperluan rakyat dalam memberikan yang terbaik kepada kerajaan.

Diakhir ucapan, Menteri Besar mengucapkan terima kasih kepada semua jentera yang hadir dan beliau memohon kepada semua untuk menyokong Barisan Nasional.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: