Isnin, 18 Mac 2013

@Khairykj MENGHARGAI PENGGIAT MEDIA SOSIAL @NajibRazak @tunfaisal @hairul_own

Tidak semua pemimpin yang tahu bagaimana cara untuk menghargai penggiat media sosial yang bertungkus lumus dalam memperjuangkan kebenaran untuk kerajaan.

Tapi bagi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang juga merupakan Ketua Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin, menghadiri program yang dijalankan untuk menghargai penggiat media sosial adalah salah satu cara beliau menghargai mereka.

Dalam program 'Himpunan Aktivis Siber 2013' pada hari Sabtu lepas beliau bukan sahaja hadir untuk memberikan sokongan moral kepada penggiat penggiat media ini, malah beliau turut menyumbangkan RM50'000 sebagai insentif kepada penggiat penggiat media.

Replika cek bernilai RM50'000 yang disampaikan kepada Tun Faisal Ismail selaku pengerusi BNYCT semasa majlis tersebut jelas menunjukkan bahawa beliau menghargai apa yang dilakukan oleh penggiat media selama ini.

Ribuan penggiat media yang aktif dalam pelbagai medium seperti blog, facebook, twitter, youtube dan sebagainya hadir untuk bersama sama dalam menjayakan program tersebut.

Ikuti kenyataan media Khairy dengan melayari pautan dibawah..

http://bit.ly/YHYvWm

Untuk gambar gambar sepanjang program, sila klik pautan dibawah pula

http://bit.ly/YHZG8a





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: