Khamis, 28 Mac 2013

KENAPA MEREKA INI TIDAK DIAMBIL TINDAKAN

 
AKTA RAHSIA RASMI

Apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai
‘Rahsia Besar', ‘Rahsia’ ‘Sulit' atau ‘Terhad’ mengikut mana yang berkenaan oleh seorang
Menteri, Menteri Besar / Ketua Menteri sesuatu negeri atau mana-mana pegawai awam yang
dilantik dibawah seksyen 2B.

RAHSIA BESAR 

Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedah tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia.

Contoh:-
RAHSIA BESAR

(i) Kertas-kertas Jemaah Menteri yang sangat penting mengenai dasar utama Kerajaan berkaitan perkara-perkara politik dan ekonomi;

(ii)Maklumat-maklumat yang sangat penting mengenai perancangan gerakan dan
penempatan barisan peperangan angkatan angkatan tentera jika berlaku
perang;

(iii) Surat-menyurat dengan Kerajaan negara asing dan mengenai aspek perdagangan pertahanan yang amat penting;

(iv) Maklumat lengkap berkenaan dengan pertubuhan-pertubuhan perisikan Malaysia
dan kaedah

RAHSIA
Dokumen rasmi, maklumat rasmibahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan keselamatan Negara menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan atau martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing.

Contoh:-
RAHSIA

(i) Arahan
arahan penting untuk perwakilan--perwakilan Malaysia yang membuat perundingan dalam negara asing;

(ii) Maklumat-maklumat penting mengenai pemasangan tentera;

(iii) Maklumat-maklumat penting mengenai pertubuhan-pertubuhan subversif dan
kegiatan-kegiatannya;

(iv) Surat-menyurat antara Jabatan mengenai menyurat antara Jabatan mengenai
perkara dasar yang penting.

SULIT
Dokumen rasmi,
maklumat rasmi dan bahan bahan rasmi yang jika didedah tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan negara tetapi memudaratkan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan menyebabkan keadaan
memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau akan menguntungkan kuasa asing

SULIT
(i) Laporan
laporan perisikan biasa;

(ii) Dokumen
-dokumen dan panduanpanduan teknik untuk kegunaan latihan tentera atau polis;

(iii) Maklumat
-maklumat yang mungkin membolehkan pendapatan faedah kewangan daripadanya jika didedahkan sebelum masa.

TERHAD
Dokumen rasmi, maklumat rasmi selain daripada yang diperingkatkan RAHSIA BESAR, atau SULIT tetapi perlu diberi tahap perlindungan.

Contoh:-
TERHAD

(i) Buku
 Jabatan bagi maksud arahan;

(ii) Perintah dan arahan perintah dan arahan biasa Jabatan;

(iii) Dokumen-dokumen mengenai bekalan barang-barang dan alat alat kelengkapan biasa tentera dan polis.

Jadi Akta diatas mungkin boleh diguna pakai oleh kerajaan kerana keempat empat penjawat awam ini telah membocorkan rahsia ketenteraan dan keselamatan negara kepada rakyat di ceramah ceramah yang diadakan oleh pakatan pembangkang.

Ceramah yang diadakan oleh mereka biasanya di kawasan lapang dan hadirin yang datang terdiri dari berbilang kaum serta agama dan tidak dapat dipastikan status mereka sama ada mereka itu rakyat Malaysia atau tidak atau mereka juga bekerja dengan negara luar sebagai ejen.

Ini dilihat amat merbahaya kepada keselamatan negara memandangkan mereka ini pernah memegang tambpuk pemerintahan kawalan keselamatan tertinggi negara.

Namun begitu, kenapa mereka ini masih lagi bebas untuk memberikan ceramah dimerata tempat dan tidak dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Kerajaan perlu mengambil kira aspek keselamatan negara berhubung dengan apa yang dilakukan oleh mereka kini dan ianya mungkin akan mendatangkan masalah kepada negara pada sayu masa nanti diatas keceluparan mulut mereka yang asyik memperkatakan tentang kelonggaran keselamatan negara walaupun ianya tidak begitu.