Jumaat, 15 Mac 2013

KEMENTERIAN TIDAK KOMPROMI DENGAN GURU KURANG AJAR

Semalam telah dikeluarkan satu kenyataan akhbar oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang merujuk kepada penghinaan yang dilakukan oleh seorang guru di Kelantan terhadap pasukan keselamatan negara di dalam 'ops daulat' di Sabah.

Guru tersebut telah mengeluarkan pelbagai kata kata yang begitu menghina anggota keselamatan yang sedang berjuang mempertahankan Sabah daripada ancaman pengganas ketika ini.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, guru tersebut sepatutnya menjadi ikon kerana beliau adalah seorang pendidik dan sikap yang ditunjukkan oleh beliau pada Sangkakala tidak menunjukkan bahawa beliau mampu untuk memberiknag pelajaran yang baik untuk anak anak kita semua.

Dengan kenyataan yang dilakukan oleh pengarah pelajaran tersebut, mungkin orang ramai (rakyat) merasa lebih selesa dan ini menunjukkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan tidak akan memberi peluang kepada guru guru yang biadap serta kurang ajar seperti apa yang dilakukan oleh Mohd Lotfi Nor guru yang dikatakan telah ditahan oleh pihak polis semalam.

Sikap kurang ajar beliau perlu diambil tindakan yang sewajarnya, ini kerana beliau mempunyai profesion sebagai seorang pendidik yang sepatutnya memberikan contoh yang lebih baik dan bukannya mengeluarkan kenyataan kenyataan menghina yang seolah olah langsung tidak mengenang budi dan jasa pasukan keselamatan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: