Ahad, 17 Mac 2013

BUDAYA SAMSENG JADI AMALAN PEMBANGKANG

pada jam 12.15 tengah hari semalam ketika pemimpin Gerakan dan beberapa kakitangan berada di Pejabat Gerakan di Jalan Macalister untuk menyerahkan elaun BR1M bernilai RM500 kepada lima penerima telah diserang individu yang tidak dikenali yang membaling bata sehingga menyebabkan lubang besar pada pintu kacanya.

Ketua Komunikasi, Penerangan dan Publisiti Gerakan Thor Theong Ghee bahawa beliau mengutuk sikap itu, Thor berkata, motif serangan itu tidak diketahui walaupun tanggapan umum boleh mengaitkannya dengan politik.

Sekarang kita sudah boleh melihat siapa sebenarnya samseng politik seperti yang pernah dilontarkan oleh pembangkang kepada UMNO dab Barisan Nasional.

Mereka acapkali mengatakan bahawa mereka telah diserang dengan pelbagai cara seperti contohnya, bas jelajah mereka telah diserang oleh sekumpulan penduduk kampung yang tidak senang dengan kehadiran mereka, jelajah Mazlan Aliman ke Felda yang tidak disenangi oleh warga tanah tanah rancangan tersebut semuanya dipalitkan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Dan kali ini mereka sendiri yang telah menunjukkan bahawa mereka (pembangkang) yang sebenarnya mengamalkan politik samseng dan keganasan seperti ini sebenarnya kerapkali dilakukan oleh mereka namun didiamkan sahaja oleh Barisan Nasional.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: