Selasa, 19 Mac 2013

BEKAS TIMBALAN PANGLIMA AKUI TAK BUAT KERJA

Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera mungkin melakukan kesilapan semasa berceramah.

Semasa didalam ceramah tersebut, beliau ada mengatakan bahawa kem Rasah dalam keadaan teruk malahan jamban kem tersebut juga daif.

Persoalannya ialah, bukankah beliau pernah memegang tampuk kedua tertinggi ATM? Kenapa kem tersebut tidak dinaik taraf semasa beliau masih menjadi pemerintah?

Bukankah tugas seorang pemimpin itu untuk memberi keselesaan kepada anggota anggota mereka?

Disini jelas Abdul Ghafir mengakui bahawa beliau gagal menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin kanan dalam ATM.

Begitu juga dengan pembelian senjata, beliau rasanya juga terlibat dalam setiap mesyuarat yang dijalankan untuk satu satu pembelian atau tender.

Jadi jika beliau mengatakan ada kepincangan didalam pemberian tender tersebut, besar kemungkinan beliau juga terlibat sama.

Jika beliau membantah sudah pasti perkara tersebut (seperti didakwa) tidak akan terjadi dan penambah baikan juga tidak dilakukan oleh beliau.

Abdul Ghafir selama di dalam ATM dikatakan tidak mampu menjalankan tugas dengan sempurna memandangkan mereka ini sudah tidak mendapat tempat didalam kerajaan, maka jalan pintas yang diambil ialah menyertai pakatan pembangkang.

Manalah tau kalau ada rezeki mungkin dapat jadi calon segera.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: