Sabtu, 30 Mac 2013

ANWAR JANGAN TERLALU YAKIN #BNbagus

Yakin sangat nampaknya Anwar Ibrahim dengan kerusi kerusi yang dipertandingkan oleh PKR dalam PRU yang akan datang.

Antara 3 tempat yang beliau kategorikan sebagai kawasan yang akan dimenangi oleh mereka ialah Gombak (Azmin Ali), Lembah Pantai (Nurul Izzah) dan Pandan (Rafizi Ramli).

Dengan nada bangganya beliau mengatakan bahawa Azmin menewaskan calon BN Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti 6,867 undi. Dan anak beliau Nurul Izzah pernah memalukan penyandang kerusi parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan majoriti 2,895.

Kena ingat bang Non, undi tu baru 2 ribu lebih majoriti, jauh beza dengan apa yang Shahrizat perolehi dulu lebih dari 15 ribu undi, jadi disitu perlu diingatkan bahawa semasa itu juga terlalu banyak undi protes dan tsunami politik ketika itu.

Adakah kali ini Nurul mampu untuk mempertahankan kerusi tersebut dengan kisah beliau yang menyokong kebebasan beragama? Sudah pasti penduduk Lembah Pantai merasa tidak selesa dengan kehadiran Nurul di situ dan satu lagi maklumat yang pernah diterima, penduduk Lembah Pantai ada yang tidak kenal dengan Nurul Izzah ekoran beliau yang tidak turun padang dan hanya kembali semasa pilihanraya semakin hampir kerana terlalu sibuk dengan ceramah kempen sana sini.

Azmin pula yang kini menyandang kerusi parlimen Gombak pula tidak kurang hebatnya dengan gambar porno yang dikatakan mirip beliau tersebar bersama seorang wanita.

Isu ibu beliau yang pernah mengatakan bahawa Azmin sebagai tanggang juga memberikan kekangan kepada beliau untuk terus mara dan itu juga perlu diingat kembali oleh rakyat.

Kesemua pemimpin tertinggi didalam PKR bermula daripada ketua umum hinggalah ke jawatan naib presiden mempunyai masalah moral dan ada juga diantara mereka yang mewujudkan situasi hampir membawa ke arah kekecohan yang dahsyat.

Seperti himpunan Bersih, mereka juga yang menjadi dalang dengan merempuh pasukan polis yang mengawal keadaan kemudian mereka menyalahkan pihak polis dalam insiden tersebut.


Adakah ini kepimpinan yang mahu dibawa oleh rakyat menjadi kerajaan? Kepimpinan yang penuh dengan agenda tersendiri yang mana akan melihatkan kehancuran negara.

Fikir fikirkanlah sebelum memangkah kertas undi apatah lagi untuk memilih mereka.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: