Khamis, 14 Februari 2013

PTPTN DISARAN BERI PINJAMAN PADA BAKA BAIK BAIK

Sangkakala dapat feedback dari seorang orang tadi, beliau menyarankan agar PTPTN memberikan pinjaman pada baka yang baik baik dan jangan beri pada baka yang buat semak.

Maksud beliau ni kalau dalam pemikiran Sangkakala ialah, beri pinjaman pada orang atau individu yang betul betul mahu meneruskan pelajaran dan bukannya yang nak main main.

Ada sesetengah pelajar mengambil kesempatan dengan membuat pinjaman PTPTN tetapi tidak belajar bersungguh sungguh dan apabila keputusan peperiksaan keluar, maka semuanya corot di tangga palinhg bawah.

Apabila situasi ini terjadi, maka bayaran balik pinjaman PTPTN sudah pasti perlu dilakukan dan oleh kerana keputusan yang tidak molek, maka pekerjaan dan pendapatan pun tak berapa nak molek juga.

Dengan kerana itu maka pinjaman tidak dapat dilunaskan dan mereka ini sekali lagi mengambile kesempatan dengan cara mahu menukar kerajaan kerana pihak pembangkang menjanjikan segala macam kepada mereka, seperti pendidikan percuma, pemansuhan PTPTN dan sebagainya.

Mereka menyalahkan kerajaan sedangkan yang salah ialah diri mereka sendiri yang cuai dalam pelajaran.

Ramai dikalangan pelajar yang mendapat pointer melebihi 3.5 yang tidak perlu membayar balik pinjaman kerana ini adalah cara kerajaan menghargai daya usaha mereka dalam pelajaran.

Berbanding dengan yang kurang bernasib baik, mereka juga diberi kelonggaran dengan diberikan diskaun sekiranya membayar pinjaman secara teratur.

Jadi disini PTPTN perlu mengkaji semula kepada siapa pinjaman ini perlu diberikan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: