Ahad, 24 Februari 2013

LAWATAN @Khairykj KE KUALA KANGSAR @NajibRazak @ZambryAbdKadir @azwanbro @promelayu @tunfaisal

Kawasan terakhir dalam sessi lawatan kerja Ketua Pemuda UMNO Malaysia hari ini di Kuala Kangsar.

Turut hadir bersama sama dengan saudara Khairy Jamaluddin ialah Ketua Pemuda UMNO Perak, Ketua Pemuda UMNO bahagian dan beberapa kepimpinan UMNO Bahagian serta hampir 3000 orang muda di Kuala Kangsar.

Dalam ucapan Ketua Pemuda Bahagian, beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang hadir terutamanya Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan beliau yakin bahawa dengan semangat gelombang biru pada hari ini akan memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional di kawasan parlimen Kuala Kangsar.

Ucapan daripada ADUN Bukit Chandan pula mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Khairy kerana sudi datang ke Kuala Kangsar dan beliau juga mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada YB Khairy yang nenperjuangkan nasib orang muda.

Ucapan perasmian oleh YB Khairy berkisar tentang pemberian BR1M untuk orang muda dan ini adalah transformasi yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri.

Ujar beliau, ini adalah bukti bahawa kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri amat prihatin terhadap orang muda.

Ini juga menunjukkan bahawa kerajaan pada hari ini sudah mampu untuk berkongsi keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan bersama sama dengan rakyat.

Di akhir majlis himpunan, penyampaian BR1M talah disempurnakan dan ianya disampaikan sendiri oleh YB Khairy Jamaluddin sendiri.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: