Jumaat, 22 Februari 2013

KERANA ANWAR NEGARA ISLAM PAS HILANG

Dulu heboh dengan negara Islamnya, kini dengan negara berkebajikannya, apa pula selepas ini yang hendak diperjuangkan oleh PAS?

Kenyataan Anwar Ibrahim didalam video dibawah jelas menunjukkan bahawa PAS hari ini terpaksa akur dengan apa yang dikehendaki oleh Anwar termasuklah tidak mewujudkan negara Islam.

Saksikan video dibawah.

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

Inilah punca kenapa PAS hari ini tidak lagi melaungkan negara Islam atau membangun bersama Islam kerana apa? Kerana dengan kehendak Anwar maka ianya telah dilupakan.

PAS tidak mempunyai keyakinan serta pendirian sebenar dalam memperjuangkan Islam di negara ini, jadi parti sebegini memang tidak layak untuk menjadi kerajaan atau sebahagian dari kerajaan di Malaysia.