Ahad, 20 Januari 2013

KARPAL KATA PAS MELAMPAU


Apa dah jadi dengan pakatan ni, asyik nak bercakar sesama sendiri dalam setiap isu yang diutarakan, kini isu berpakaian yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Kedah mendapat kutukan dari Pengerusi DAP Karpal Singh.

Beliau berkata keputusan kerajaan Kedah mengenakan peraturan berpakaian bagi artis yang mengadakan persembahan pada majlis sempena sambutan Tahun Baharu Cina adalah melampaui norma biasa.


Kenapa pula Karpal yang beriya sangat nak kawal kerajaan negeri Kedah sedangkan kerajaan negeri tersebut adalah dibawah pemerintahan PAS dan sudah tentulah PAS mempunyai kuasa untuk melarang atau tidak sesuatu perkara di negeri itu.


Namun apa yang dilihat kini, kemungkinan Karpal Singh berhasrat untuk menidakkan kuasa yang ada pada PAS di negeri tersebut.


Apa apa pun, PAS sudah pasti akan mengikut telunjuk DAP kerana takut nanti akan hilang kuasa di negeri Jelapang Padi.

Tiada ulasan: