Jumaat, 18 Januari 2013

ADA GERAKAN YANG BAKAL DILAKUKAN NANTI


Wahh..hebat berita yang Sangkakala dapat ni, khabarnya ada gerakan yang akan dilakukan oleh pembangkang untuk pilihanraya nanti.

Sangkakala diberitahu oleh seseorang yang agak rapat dengan pemimpin pembangkang bahawa mereka sekarang ini sedang dalam rangka untuk memasuki kawasan kawasan Felda dan meyamar sebagaai orang orang dari kerajaan seterusnya akan mengasut anak anak Feda untuk membenci kerajaan disebabkan isu Tan Sri Isa Samad.

Betul ke pembangkang nak buat semua nu? Tapi kalau ikutkan, orang yang bagi tau Sangkakala pun Sangkakala rasa boleh dipercayai sebab Sangkakal tahu bahawa beliau rapat dengan beberapa orang dari kepimpinan pembangkang.

Satu lagi beliau ada juga memberi tahu bahawa sekarang pembangkang giat untuk melatih siswazah siswazah di IPTA untuk menjadi pencetus kekeliruan dikalangan para pelajar seperti apa yang dilakukan oleh saudari Bawani baru baru ini.

Kalau benar seperti yang didakwa oleh kenalan Sangkakala ini, ianya sudah pasti akibat dari ketandusan isu dan idea dari pihak pembangkang dalam usaha untuk memenangi pilihanraya.

Apa apa pun Sangkakala harap supaya peneroka peneroka Felda bersiap sedia dengan kehadiran mereka ini, mungkin mereka akan menuju ke rumah dengan pelbagai alasan dan untuk pelajar pelajar pula Sangkakala harap jangan terpedaya dengan dakyath mereka yang dilihat songsang kini.




















Tiada ulasan: