Selasa, 18 Disember 2012

ZAHID PENTINGKAN KESIHATAN RAKYAT

Kalau nak diikutkan memang tiada kena mengena diantara Kementerian Pertahanan dengan Perubatan walaupun dalam Kementerian itu sendiri mempunyai Kor Perubatan.

Namun atas dasar rasa tanggungjawab terhadap rakyat, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menghantar pegawai perubatan untuk memberikan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk di sekitar kawasan parlimen beliau.

Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan melalui ahli parlimen Barisan Nasional sentiasa mengambil berat tentang keadaan sekeliling.

Orang yang dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan perubatan secara percuma ini ialah Doktor Nik Mohd Azli Nik Ariffin yang juga merupakan Pengerusi Gerakan Belia 4B kawasan Bagan Datoh.

Menurut beliau, Datuk Seri Ahmad Zahid mengarahkan beliau setiap minggu untuk memberikan perkhidmatan tersebut kepada masyarakat sekeliling parlimen Bagan Datoh demi untuk memastikan kesihatan rakyat berada di tahap yang sebaik mungkin.

Menurut Doktor Nik lagi, program ini telah dijalankan sejak tahun 2009 lagi dimana Datuk Seri Ahmad Zahid akan memberikan bantuan berupa ubat ubatan atau kerusi roda mengikut keperluan pesakit.

Ikuti perkembangan setiap sessi pemeriksaan kesihatan ini dalam blog Sangkakala pada setiap minggu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: