Ahad, 9 Disember 2012

SAH NAIB PRESIDEN PKR PEMBOHONG BESAR


N. Surendran, Naib Presiden PKR yang mengatakan bahawa terdapat 300,000 warga Malaysia berketurunan India masih tidak mempunyai kad pengenalan ternyata adalah satu pembohongan besar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa terdapat 300,000 masyarakat India yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan kerana tidak memiliki kad pengenalan.

Menurut Perdana Menteri, semakan menunjukkan seramai 9,000 orang telah mendaftar dan sebanyak 4,500 kes telah diselesaikan dan diberi kad pengenalan.Seramai 2,000 lagi sedang diproses.

Jadi dimana yang dikatakan oleh Surendra selama ini seramai 300,000 tu? Datang dari mana seramai tu agaknya. Kalau nak jadi hero tu agak agak le pun, kena ada fakta baru boleh cakap.

Belum memerintah dah membohong cemana ni?

Sementara itu, laporan Bernama menyebut Najib mahu masyarakat India kembali menjadi "simpanan tetap" kepada BN bagi menentukan BN mendapat kejayaan besar dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata ini penting kerana hanya BN merupakan satu-satunya parti yang boleh menjamin masa depan kaum ini menerusi pelbagai program yang sedang dan akan dijalankan termasuk dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Najib berkata kaum India yang terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang pada pilihan raya umum lepas harus kembali menyokong BN kerana terbukti pembangkang telah gagal melaksanakan semua janji mereka termasuk dalam soal Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dan isu merobohkan kuil termasuk yang terbaru di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Beliau berkata "simpanan tetap" BN itu berpindah kepada pembangkang pada pilihan raya umum Mac 2008 bukan kerana mereka mahukan pembangkang tetapi kerana ada perasaan di kalangan kaum India yang ingin melihat BN berubah dan lebih peka kepada hasrat dan aspirasi kaum itu, katanya.




Tiada ulasan: