Selasa, 4 Disember 2012

PAS CUBA TENANGKAN HATI PENGIKUT

Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung beberapa hari lalu, kita semua telah melihat bagaimana kesungguhan yang ditunjukkan oleh ahli ahli UMNO untuk memastikan Barisan Nasional menang pada pilihanraya akan datang.

Kita dapat melihat juga kesungguhan Perdana Menteri dalam memberikan kata kata semangat kepada seluruh ahli ahli parti yang pastinya pulang dengan seribu azam untuk memastikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional dalam PRU nanti.

Apa yang menggelikan hati ialah, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali bersungguh sungguh mengatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menang besar dalam PRU13, berbeza sekali dengan pendapat yang dikeluarkan oleh pengerusi DAP Pulau Pinang yang menjangkakan bahawa Barisan Nasional akan menang besar.

Mustafa mungkin sengaja nak bagi ahli PAS sedap hati kot ni, dia sendiri pun dah gelabah bila tengok sambutan yang amat luar biasa dari akar umbi UMNO yang begitu bersemangat hingga menitiskan air mata semasa ucapan Perdana Menteri.

Bersiap sedialah PAS untuk menerima tetamu yang bernama KEKALAHAN kerana tetamu ini sudah berada di ambang pintu, cuma masa belum sesuai untuk tetamu ini menjengahkan kepala.

Tiada ulasan: