Sabtu, 1 Disember 2012

KEPIMPINAN DIPIMPIN ATAU MEMIMPIN

Dewasa ini ramai yang bercadang cadang untuk menjadi pemimpin di semua peringkat, dalam erti kata lain ingin menjadi wakil rakyat atau ahli.

Namun adakah mereka yang bercadang atau bercita cita ini mampu untuk memimpin di peringkat tersebut? Adakah kekuatan mereka sejajar dengan kehendak kepimpinan peringkat tertinggi?

Semua mereka mereka ini merasakan bahawa mereka adalah yang terbaik namun satu perkara yang amat sukar mereka kaji ialah kemampuan dan kekuatan mereka sendiri.

Sebagai contoh, adakah seseorang yang mahu menjadi pemimpin perlu menabur janji setinggi langit?

Bagi Sangkakala, menabur janji setinggi langit tidak menjadi masalah, tapi apa yang menjadi masalah ialah gagal merendahkan diri ibarat karang didasar lautan.

Pemimpin pemimpin yang hanya menabur janji ini tidak seharusnya diberi peluang kerana ianya akan lebih merosakkan lagi kerosakan yang ada, tidak langsung mencuba untuk memperbaiki.

Kita lihat ramai pemimpin yang sebegini, untuk menjaga seorang ahli telah menampakkan kegagalan, mampukah mereka menjaga 1000 atau lebih dari itu ahli yang ada?

Pemimpin pemimpin ini juga lupa untuk mengikut resmi padi, makin berisi semakin tunduk.

Apa yang kita lihat semua atau hampir kesemuanya akan menjadi kaduk naik junjung, atau menjadi enau di tengah belukar.

Ada juga yang bercanang dipelusuk alam bahawa mereka ini akan membawa pembaharuan, namun belum seorang yang dilihat benar benar mampu untuk melaksana apa yang dikata.

Sangkakala tidak menujukan kepada semua pemimpin, tapi semua pemimpin harus sedar dengan apa yang Sangkakala katakan disini, jangan menjanjikan hujan dilangit guruh berdentum dentam hinggakan rakyat atau ahli mencurahkan air ditempayan namun hujan tidak kelihatan.

Jangan lah jadikan penyokong penyokong ini sebagai bahan cubaan kerana sudah ada juga pepatah yang mengatakan harapkan sokong, sokong membawa rebah, ayat atau perumpamaan ini harus menjadi satu pegangan kepada pemimpin, kerana apa sokong membawa rebah, kerana yang disokong itu sendiri tidak kuat mempertahankan kedudukan.

Jadi pemimpin pemimpin harus berhati hati, kerana hanya satu pusingan sudah membolehkan mereka duduk dibawah dan jika pusingan itu dihentikan maka selama lamanya mereka akan berada dibawah.

Perlu di ingat juga bahawa rakyat atau ahli ini yang menentukan pusingan tersebut, jangan sampai tangan yang dulu mengangkat tanda menyokong disimpan erat didalam kocek seluar, tidak akan ada lagi tanda sokongan padu dari rakyat mahupun ahli.


Tiada ulasan: