Sabtu, 15 Disember 2012

GUAN ENG CARI NAHAS


Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang dikatakan akan mengheret Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri itu ke mahkamah hanya mengundang padah, ini kerana nampaknya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO tersebut amat yankin bahawa beliau mempunyai cukup bukti untuk dikemukakan kepada rakyat Pulau Piang.

Mungkin ini akan menjadi satu pengajaran buat Guan Eng supaya lebih berhati hati jika bermain api di kemudian hari.

Guan Eng dikatakan akan mengheret setelah ketua pergerakan pemuda tersebut setelah beliau mengeluarkan kenyataan yang dianggap fitnah terhadap Guan Eng yang dibuatnya pada Oktober lalu.

Beliau diminta berbuat demikian apabila didapati mengeluarkan kenyataan Guan Eng ada menerima rasuah daripada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) berhubung isu tanah Taman Manggis pada satu sidang media 5 Oktober lalu.
 
Kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang dengan sendiri, itu perumpamaan yang layak diberikan kepada Guan Eng sekarang ini, dan kita boleh saksikan nanti bagaimana Guan Eng akan bersilat dalam mempertahankan dirinya.

Tiada ulasan: