Khamis, 15 November 2012

NASIB NIZAR LAMBAI SUDAH DIEKETAHUI


Kemenangan Nizar Jamaluddin sebagai Ahli Parlimen semasa Pilihanraya Kecil Bukit Gantang sudah diduga dan dijangka.

Ini kerana semasa itu gelombang tentang pergolakan politik dalam negeri Perak terlalu kuat dan Nizar telah mengambil kesempatan diatas kesilapan beliau sebagai Menteri Besar dengan menuduh bahawa UMNO dan Barisan Nasional telah melaukan rampasan kuasa kerajaan Negeri.

Namun Sangkakala amat yakin, dalam PRU 13 sekiranya Nizar sekali lagi bertanding di kawasan Parlimen Bukit Gantang, beliau akan balik ke kampung dengan menaiki motor kapchai seperti didalam gambar diatas.

Tidak akan ada lagi kemenangan untuk beliau di kawasan itu kerana menurut seorang rakan Sangkakala, penduduk di kawasan Bukit Gantang sudah jelak dengan sikap Nizar yang dikatakan kurang ajar bukan sahaja dengan Sultan Perak malah dengan Sultan Johor juga.

Disamping itu, mereka juga mengatakan bahawa Nizar gagal menjalankan tugas sebagai seorang Ahli Parlimen kerana beliau bukan berasal dari kawasan tersebut dan banyak perkara yang berada diluar pengetahuan beliau.

Nampaknya lepas ni Nizar boleh bungkus tikar bantal dan duduk di stesen minyak seperti didalam gambar diatas.



Tiada ulasan: