Jumaat, 17 Ogos 2012

MP HULU SELANGOR PRIHATIN DENGAN KELUARGA 16 ANAK

Yang Berhormat P. Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor hari ini bersama-sama dengan Pusat Khidmat Aduan Belia Majlis Belia Malaysia (Ycare) telah melawat ke kediaman seorang mu'alaf di kawasan Bukit Beruntung.

Jonathal bin Asah yang mempunyai anak seramai 16 orang dilawati setelah berita tentang kesusahan serta kedaifan beliau mendapat liputan baru-baru ini.

P. Kamalanathan berkata bahawa pusat khidmat parlimen Hulu Selangor selama ini memang Barisan Nasional kawasan Hulu Selangor akan sentiasa membantu keluarga ini, dan memandangkan bahawa ini adalah bantuan jangka panjang, maka bantuan tersebut akan diberikan secara berperingkat.

Beliau juga berkata bahawa keluarga ini telah mendapat sumbangan serta bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan bantuan sebanyak RM 450 sebulan dan Pusat Zakat pula menyalurkan sumbangan dalam bentuk bayaran sewa rumah sebanyak RM 500 sebulan bagi mengurangkan beban keluarga ini.

Jonathal ketika ditanya pula mengatakan bahawa beliau amat menghargai segala bantuan yang telah diberikan oleh Pusat Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau juga berkata bahawa Ahli Parlimen Hulu Selangor begitu banyak membantu dalam meringankan beban beliau dalam membesarkan anak-anak.

Pengerusi Ycare Majlis Belia Malaysia pula berkata, usaha-usaha untuk mengesan mereka yang berada didalam kesusahan memang menjadi rutin bagi Pusat Khidmat Aduan Belia Majlis Belia Malaysia dan program ini dinamakan Sejam Bersamamu yang di jalankan sepanjang Bulan Ramadhan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: