Rabu, 1 Ogos 2012

KEGAGALAN KERAJAAN SELANGOR TANGANI ISU AIR


Kerajaan Selangor masih gagal mengotakan janji mereka dalam menyelesaikan kemelut air kepada rakyat negeri itu apabila tidak mampu membekalkan keperluan air bersih secukupnya.

Masalah berlarutan lebih seminggu dihadapi penduduk dilihat semakin meruncing ketika umat Islam menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan ini.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata gimik politik yang dimainkan kerajaan Selangor berkaitan isu projek Loji Rawatan Langat 2 perlu diperjelaskan kepada penduduk negeri ini.

Katanya, rakyat mendapatkan bekalan air bersih di beberapa daerah termasuk Seri Kembangan jelas membuktikan rakyat tidak dipedulikan pemimpin pakatan pembangkang ketika ini.

“Kami tampil bertindak membantu rakyat menjelaskan isu air yang dilihat semakin sukar diselesaikan mereka di negeri ini, termasuk loji berkenaan.

Bukan isu Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang menjadi pokok persoalan, tetapi kedegilan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya pada sidang media sempena pengagihan tong air plastik percuma kepada penduduk Taman Pangsapuri Putra Budiman, dekat sini, semalam.

Hadir sama Penyelaras Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hong dan Ketua MIC Seri Kembangan, Datuk NK Sundram.

Pada majlis sama, Sohaimi mengagihkan 500 tong air plastik kepada penduduk taman itu yang gagal mendapatkan bekalan air sejak seminggu lalu.

Katanya, SYABAS membekalkan air secukupnya kepada penduduk di taman itu demi menjaga kepentingan pengguna, berbanding kerajaan negeri yang hanya sekali muncul menghantar satu lori tangki sehingga kini dalam tempoh seminggu lalu.

Beliau berkata, GPRS turut merancang membawa pemimpin masyarakat seluruh Selangor termasuk ketua kampung, wakil penduduk taman dan individu terpilih melawat loji Langat 2 di Semenyih, esok.

“Peranan mereka adalah bagi menjelaskan fakta sebenar mengenai isu air yang menjadi sandiwara politik kerajaan Selangor selama ini,” katanya.

Tiada ulasan: