Selasa, 28 Ogos 2012

HUDUD PAS ATAU HUDUD ISLAM

Kita semua selalu mendengar tentang hudud yang di sifatkan sebagai senjata PAS menjelang pilihanraya.

Setiap kali pilihanraya akan diadakan setiap kali itu jugalah kita mendengar bahawa hukum hudud perly dijalankan.

Tapi apa yang sebenarnya terjadi ialah, PAS hanya ingin mengambil kesempatan atas ketidak arifan pengikut mereka dalam undang-undang tersebut dan bagaimana ia akan dilaksanakan sekiranya ia di bawa ke dalam Parlinen sekalipun.

Dalam Malaysiakini, Timbalan Presiden PAS telah mengeluarkan apa yang dikatakan bahawa hudud tidak akan diterima oleh mereka yang bukan islam di dalam parlimen.

Ikuti apa kata Mat Sabu dalam Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/207272

PAS mungkin sengaja mencabar Perdana Menteri untuk membawa usul tersebut di Parlimen dan apabila usul tersebut di bacakan maka PAS sendiri kemungkinan tidak akan bersetuju dalam undian yang di jalankan.

Dan dengan cara itu juga PAS akan mengatakan bahawa ahli parlimen BN sendiri tidak bersetuju dan mereka akan mendesak Perdana Menteri untuk melepaskan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan dari ahli parlimen sendiri.

Seperti yang dikatakan oleh Mat Sabu, perkara ini perlu dibentang di parlimen dan jika tidak mendapat sokongan maka ianya tidak akan dijalankan.

Jika kita kaji semula kenyataan tersebut, bagaimana PAS hendak melaksanakan hudud jika PAS hanyalah sebuah parti komponen dan bukan mempunyai kerusi majoriti dalam parlimen.

Kita semua telah mengetahui bahawa dalam parlimen DAP adalah parti yang menguasai kerusi pembangkang dan Karpal pula pernah menyatakan bahawa beliau menentang hudud, jadi bagaimana ianya akan dilaksanakan oleh PAS tanpa sokongan majoriti dalam parlimen.

Ternyata isu ini hanyalah isu jalanan yang dibawa oleh PAS sebagai senjata untuk mendapat mandat yang tidak seberapa dari rakyat.

Tiada ulasan: