Jumaat, 31 Ogos 2012

CEO POS LAJU PERLU BERTANGGUNGJAWAB

Sangkakala terkejut apabila dimaklumkan bahawa PosLaju Malaysia tidak menggunakan logo hari Kebangsaan seperti mana yang di letakkan oleh kerajaan.

Kenapa boleh jadi macam ni? Adakah Poslaju Malaysia juga tidak menghormati kerajaan seperti mana yang dilakukan oleh pembangkang yang sengaja untuk menampakkan persepsi buruk terhadap kerajaan semata-mata untuk kepentingan politik mereka?

Pembaca boleh melihat laman sesawang Poslaju Malaysia yang menampakkan logo seekor burung diwarnai dengan warna Jalur Gemilang sebagai logo hari kebangsaan Poslaju Malaysia.

Untuk melihat laman sesawang ini sila klik pada pautan dibawah
www.poslaju.com.my

Sangkakala rasa Ketua Pegawai Eksekutif Poslaju perlu memberi penjelasan tentang perkara ini.

Apakah Poslaju yang diilhamkan oleh Pos Malaysia yang satu ketika dulu sebagai sebuah jabatan kerajaan kini sudah mula untuk menunjukkan taring mereka dengan menidakkan apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: