Jumaat, 31 Ogos 2012

SEJARAH DUNIA SUDAH TERLAKAR

Sejarah dalam media sosial hari ini terlakar dengan memperlihatkan lebih dari 3 juta tweet yang menggunakan hashtag merdeka55.

Ini sudah pasti akan menjadi kegilaan kepada pemimpin pembangkang yang melihat bahawa rakyat Malaysia sudah kembali kepada kerajaan Barisan Nasional.

Sangkakala melihat perkara ini adalah amat baik dan ianya adalah satu perkara yang diluar jangkaan pemimpin pembangkang yang mengagak bahawa kepimpinan YAB Perdana Menteri tidak mendapat sokongan padu dari rakyat Malaysia.

Ini juga dapat dibuktikan dengan kehadiran dari lebih 200 ribu penyokong keamanan dan kemerdekaan tanah air di stadium nasional Bukit Jalil pada malam ini.

BEZA ANTARA PR DAN BN

Malam tadi semasa sambutan diambang kemerdekaan di Bukit Jalil telah terjadi satu kejadian dimana pengikut-pengikut PR telah membuat kekacauan di Dataran Merdeka dengan berhimpun beramai-ramai mengatakan bahawa mereka berhimpun secara aman.

Jika dilihat pada senario semasa, pengikut kerajaan Barisan Nasional mengadakan himpunan di kawasan yang telah diberikan kelulusan sedangkan mereka pula melanggar perintah pihak berkuasa dengan berhimpun secara haram di Dataran Merdeka.

Satu lagi perbezaan yang boleh dikatakan ketara dan menunjukkan bahawa pengikut Barisan Nasional lebih bertamadun ialah, semasa himpunan diambang kemerdekaan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor di Dataran Selangor berjalan dalam keadaan aman dengan tidak ada apa-apa gangguan langsung.

Disini kita semua dapat melihat bahawa pengikut-pengikut PR lebih mengikut telunjuk pemimpin PR dengan menghantar mereka ke Dataran Merdeka untuk melakukan kekecohan dan kekacauan.

Adakah ini dinamakan rakyat sebuah negara yang merdeka?

Bagi Sangkakala mereka ini tidak lagi merdeka apabila masih mengikut telunjuk pemimpin mereka yang secara terang-terangan cuba mengganggu-gugat kestabilan dan keamanan negara.

Jadi pembaca sekalian boleh menilai, yang mana lebih baik dan yang mana lebih buruk.

CEO POS LAJU PERLU BERTANGGUNGJAWAB

Sangkakala terkejut apabila dimaklumkan bahawa PosLaju Malaysia tidak menggunakan logo hari Kebangsaan seperti mana yang di letakkan oleh kerajaan.

Kenapa boleh jadi macam ni? Adakah Poslaju Malaysia juga tidak menghormati kerajaan seperti mana yang dilakukan oleh pembangkang yang sengaja untuk menampakkan persepsi buruk terhadap kerajaan semata-mata untuk kepentingan politik mereka?

Pembaca boleh melihat laman sesawang Poslaju Malaysia yang menampakkan logo seekor burung diwarnai dengan warna Jalur Gemilang sebagai logo hari kebangsaan Poslaju Malaysia.

Untuk melihat laman sesawang ini sila klik pada pautan dibawah
www.poslaju.com.my

Sangkakala rasa Ketua Pegawai Eksekutif Poslaju perlu memberi penjelasan tentang perkara ini.

Apakah Poslaju yang diilhamkan oleh Pos Malaysia yang satu ketika dulu sebagai sebuah jabatan kerajaan kini sudah mula untuk menunjukkan taring mereka dengan menidakkan apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MELAYU KEPARAT BIARKAN CINA DAP PIJAK GAMBAR PEMIMPIN

Himpunan 'JanjiDemokrasi' malam tadi melihatkan beberapa orang berketurunan cina memijak gambar Perdana Menteri dan isteri beliau sambil disaksikan oleh beberapa orang melayu di Dataran Merdeka.

Sangkakala berpendapat melayu yang berdiri sambil melihat perkara tersebut bukanlah anak melayu sejati yang nampu untuk membela bangsa suatu masa nanti.

Untuk melihat kejadian ini anda boleh klik pada pautan di bawah
http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/08/aksi-liar-janjibersih-bakar-pijak.html

Khamis, 30 Ogos 2012

AMBANG MERDEKA DICEMARI MONYET KUNING

Sedang rakyat Malaysia menyambut ambang kemerdekaan di stadium Bukit Jalil lebih kurang seribu monyet kuning berhimpun di Dataran Merdeka malam ini.

Mereka juga dilaporkan mula bertindak liar dan ganas ikuti pautan dibawah untuk menyaksikan gambaran penuh keadaan di Dataran Merdeka.

http://www.melanaublogger.com/2012/08/gambar-terkini-janji-demokrasi-mula.html

ANAK TERUS MENCUBA LAGI

Setelah gagal dalam usaha untuk menggagalkan penyenaraian FGVH ke bursa saham Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini mengancam untuk mendedahkan dakwaan salah laku seorang pegawai kanan Felda jika dilantik menjadi pengarah besar baru agensi tanah tersebut, bagi menggantikan Datuk Dzulkifli Abdul Wahab pada 1 September ini.

Ini juga mungkin salah satu lagi usaha untuk ANAK untuk menjatuhkan kekuatan FELDA yang dilihat banyak membantu peneroka disamping menjadi ajen bagi memastikan kejayaan pembangkang dalam pilihanraya akan datang.

Manakan tidak, hinggakan pengurusan di dalam FELDA sendiri tentang pertukaran pegawai atau pengarah FELDA di ambil kira.

Bagi Sangkakala, setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan dalam menukarkan pegawai-pegawai atasan sudah tentulah mengambil kira tentang kepakaran dan kesesuaian serta pengalaman mereka didalam satu-satu bidang dan barulah mereka akan ditukarkan.

Mazlan Aliman dilihat lebih kepada mencari publisiti murahan dengan cara mengugut Perdana Menteri berkenaan perkara ini, dan sudah terlalu ketara bahawa pembangkang ketandusan idea dalam meraih simpati rakyat.

HIMPUNAN JANJI DEMOKRASI CABAR PEJUANG TANAH AIR

Himpunan BERSIH 3.0 yang lalu telah menyaksikan bahawa ianya tidak bersifat sebagai himpunan aman seperti yang di sebut-sebutkan oleh pembangkang selama ini.

Malam ini pula, sedang seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan negara bergembira menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 55 kita didengarkan pula dengan ura-ura yang mengatakan bahawa satu himpunan lagi akan di adakan.

Himpunan yang juga dikatakan sebagai himpunan aman ini lebih kepada gangguan daripada pembangkang dalam usaha untuk memporak perandakan keamanan yang kita kecapi selepas merdeka.

Sangkakala berpendapat, himpunan ini lebih kepada mencabar para pejuang tanah air yang berjuang bermati-matian dalam mepertahankan negara.

Kenapa Sangkakala katakan begitu? Sangkakala merasakan bahawa sambutan ulang tahun kemerdekaan ini adalah untuk meraikan kejayaan para pejuang yang sanggup berjuang mempertahankan negara sehingga ada yang terkorban nyawa.

Mereka yang mungkin berhimpun pada malam ini juga dilihat bukan sahaja tidak menghargai kenikmatan kemerdekaan yang kita kecapi di samping mereka juga ingkar dengan perintah yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa bahawa himpunan 'janji demokrasi' adalah himpunan haram.

NURUL IZZAH LUPA SIAPA YANG GANAS

Sangkakala terbaca dalam Malaysiakini yang menyatakan bahawa pemimpin pembangkang, Nurul Izzah menyerahkan memorandom anti keganasan politik kepada KDN.

Sangkakala rasa Nurul Izzah mungkin lupa siapa sebenarnya yang ganas.

Selepas pilihanraya umum ke 12 contohnya, beberapa buah negeri telah jatuh ke tangan pembangkang dan dalam masa sama kita melihat betapa ganasnya pembangkang dalam cuba untuk merampas segala yang ada semasa dalam pemerintahan Barisan Nasional.

Sangkakala masih ingat lagi kejadian di Perak satu masa dulu (selepas PRU 12), selepas pembangkang mendapat tahu bahawa mereka menang kerusi DUN Perak dan seterusnya boleh menubuhkan kerajaan, ramai ketua kampung yang dilantik semasa kerajaan BN telah diserbu oleh pengikut-pengikut parti pembangkang yang meminta supaya dewan orang ramai dan sebagainya diserahkan kepada mereka.

Ini tidak saja terjadi di Perak, malah ianya turut berlaku di beberapa buah negeri yang dimenangi oleh pembangkang, bukankah itu juga satu keganasan?

Di Selangor pula contohnya, sebuah tadika KEMAS telah ditutup oleh pembangkang hingga menyukarkan kanak-kanak yang diletakkan disitu untuk memasuki premis tersebut. Itu juga satu bentuk keganasan bukan?

Ini belum termasuk lagi dengan himpunan BERSIH 3.0 yang mengakibatkan beberapa orang telah tercedera dan kerosakan harta benda awam, adakah itu tidak ganas?

Jadi jika pembangkang mengatakan mereka menghantar memorandom anti keganasan tersebut, Sangkakala menasihati Nurul Izzah supaya melihat semula kepada perkara-perkara yang Sangkakala katakan tadi.

Pembangkang hanya tahu untuk menuduh kerajaan atau ahli parti kerajaan BN melakukan keganasan sedangkan keganasan yang dilakukan oleh pembangkang adalah lebih ketara, dan dakwaan yang di lakukan oleh mereka terhadap UMNO dan paryi komponen BN tidak menampakkan bahawa ianya adalah benar.

TERKAWIN LE PULAK

Kita dikejutkan dulu dengan satu kejadian dimana dikatakan orang yang cukup lantang hingga nak pancung kepala mufti dalam ceramahnya ditangkap khalwat di Kuantan Pahang.

Ustaz Baddrul Amin, ditangkap khaleat bersama-sama seorang wanita didalam sebuah bilik hotel pada jam 2 pagi.

Wanita yang sudah bersuami itu didakwa oleh Baddrul mempunyainmasalah rumah tangga dan beliau memberikan kaunseling dalam menangani masalah tersebut.

Tapi sesudah beberapa bulan berlalu, Baddrul dan wanita ini dikatakan telah berkahwin, betul ke?

Kenapa mereka berkahwin? Adakan sesuatu perkara telah terjadi semasa sessi kaunseling tersebut hingga memaksa Baddrul Amin untuk bertanggung jawab?

Apa pun jika perkara ini benar, Sangkakala ucapkan selamat pengantin baru pada Ustaz Badrul Amin, tapi kesian pula Sangkakala pada Ena Fiona isteri beliau yang paling muda sebelum ini.

Tapi takpelah, sabar jelah ye kak.

Selasa, 28 Ogos 2012

HUDUD PAS ATAU HUDUD ISLAM

Kita semua selalu mendengar tentang hudud yang di sifatkan sebagai senjata PAS menjelang pilihanraya.

Setiap kali pilihanraya akan diadakan setiap kali itu jugalah kita mendengar bahawa hukum hudud perly dijalankan.

Tapi apa yang sebenarnya terjadi ialah, PAS hanya ingin mengambil kesempatan atas ketidak arifan pengikut mereka dalam undang-undang tersebut dan bagaimana ia akan dilaksanakan sekiranya ia di bawa ke dalam Parlinen sekalipun.

Dalam Malaysiakini, Timbalan Presiden PAS telah mengeluarkan apa yang dikatakan bahawa hudud tidak akan diterima oleh mereka yang bukan islam di dalam parlimen.

Ikuti apa kata Mat Sabu dalam Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/207272

PAS mungkin sengaja mencabar Perdana Menteri untuk membawa usul tersebut di Parlimen dan apabila usul tersebut di bacakan maka PAS sendiri kemungkinan tidak akan bersetuju dalam undian yang di jalankan.

Dan dengan cara itu juga PAS akan mengatakan bahawa ahli parlimen BN sendiri tidak bersetuju dan mereka akan mendesak Perdana Menteri untuk melepaskan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan dari ahli parlimen sendiri.

Seperti yang dikatakan oleh Mat Sabu, perkara ini perlu dibentang di parlimen dan jika tidak mendapat sokongan maka ianya tidak akan dijalankan.

Jika kita kaji semula kenyataan tersebut, bagaimana PAS hendak melaksanakan hudud jika PAS hanyalah sebuah parti komponen dan bukan mempunyai kerusi majoriti dalam parlimen.

Kita semua telah mengetahui bahawa dalam parlimen DAP adalah parti yang menguasai kerusi pembangkang dan Karpal pula pernah menyatakan bahawa beliau menentang hudud, jadi bagaimana ianya akan dilaksanakan oleh PAS tanpa sokongan majoriti dalam parlimen.

Ternyata isu ini hanyalah isu jalanan yang dibawa oleh PAS sebagai senjata untuk mendapat mandat yang tidak seberapa dari rakyat.

Sabtu, 18 Ogos 2012

DIMANA KEPIMPINAN MELAYU DALAM DAP

Sangkakala menerima komen dari seorang sahabat apabila Sangkakala mengeluarkan artikel tentang Yb Nasharudin baru-baru ini.

Komen tersebut berbunyi
Saya merujuk kepada surat terbuka Ahli Pas dari Melaka kepada Ustaz Nasa. Saya tulisan Ahli PAS tersebut adalah realiti PAS dan kebanyakan ahli PAS. Ahli PAS berada di dalam keadaan `confusion' dalam banyak isu atau perkara termasuklah fatwa oleh Tok Guru Nik Aziz yang berubah ubah dan bertentangan. Pemecatan Dato Hassan Ali yang cuba mempertahankan akidah orang Islam, penjenamaan semula negara islam ke negara kebajikan, perlaksanaan hudud serta penentangan keras DAP, rakan PAS dalam Pakatan Rakyat dan sebagainya. Dalam banyak hal, kepimpinan PAS terpaksa tunduk pada DAP. Seperkara lagi saya mohon jangan berbohong dengan ahli PAS dan penyokong PAS (dan perbezaan. Jikalau ahli PAS sudah `confuse', penyokong PAS akan lebih `confuse' dan tukar sokongan)dalam semua perkara. Ketua Pemuda ketika berdebat mengatakan DAP sudah bersedia berlembut dan berbincang dengan PAS dalam hal hudud. Ketua Dewan Ulamak pula berkata DAP sudah setuju melaksanakan hudud. Tok Guru Nik Aziz pula berkata Pakatan Rakyat akan laksana hudud selepas PRU13 jika dapat 2/3 majoriti. Pembohongan begini dilaknati Allah dan boleh menyebabkan kehilangan kepercayaan.
Saya tidak berhasrat bercakap mengenai sangka buruk oleh pimpinan PAS (termasuk Tok Guru Nik Aziz dan Khalid Samad)terhadap Ustaz Nasa yang berada di Mekah bersama PM Najib untuk penyatuan ummah Islam di dunia. Beliau sedang bertugas disana. Biarlah Ustaz Nasa memainkan peranan di sana kerana di Malaysia, sumbangan beliau tidak diperlukan serta dah terlalu ramai player.Cubalah memperbaiki keadaan.
ikhlas dari
nasirwise.blogspot.com

Sangkakala tertarik juga dengan komen yang diberikan.

Namun apa yang Sangkakala ingin nyatakan disini ialah, kemana pergi kepimpinan Melayu dalam DAP?

Sangkakala tidak melihat ada kepimpinan Melayu Islam dalam DAP yang berani untuk menegur keceluparan Presiden DAP yang menyanggah setiap kali isu hudud di timbulkan oleh PAS.

Adakah kepimpinan Melayu ini takut untuk memperjuangkan saranan sahabat parti mereka sendiri?

Ini semua perlukan jawapan dari pihak kepimpinan Melayu DAP, kenapa, mengapa, sebab apa, hanya mereka yang lebih tahu.

LIM KIT SIANG TAK MENGAKU TERLIBAT DENAGN KES 13 MEI

13 Mei 1969 merupakan detik sejarah hitam yang melanda negara selepas kemerdekaan tercapai.

Lim Kit Siang seperti didalam gambar dibawah telah diletakkan sebagai salah seorang yang mencetuskan provokasi dalam insiden tersebut.

Tapi kali ini, Lim Kit Siang tidak mengaku seperti mana yang didakwa dan beliau telah memfailkan saman kepada penerbit filem 'Tanda Putera' yang didakwa menuduh beliau sebagai pencetus kejadian 13 Mei.

Sangkakala memang tidak lagi lahir ke muka bumi semasa kejadian tersebut, tetapi daripada apa yang diceritakan oleh arwah datuk Sangkakala dulu, beliau sendiri mengatakan bahawa beliau telah melihat LKS yang menjadi tukang provok diikuti dengan orang-orang cina yang lain.

Antara ayat yang dikeluarkan oleh mereka ialah 'malay si a' yang membawa maksud 'mati melayu', oleh kerana provokasi melampau sambil membawa penyapu ini yang menjadi simbolik bahawa kaum cina pada ketika itu ingin menghalau orang-orang Melayu dari Malaysia maka orang-orang Melayu telah bangkit dan terjadilah peristiwa berdarah iaitu pergaduhan antara Cina dengan Melayu yang selama ini berganding bahu bersama-sama menuntut kemerdekaan.

Gambar dibawah juga menunjukkan bahawa LKS ditahan oleh anggota keselamatan kerana kesalahan yang sama.

Satu lagi yang Sangkakala hairankan disini, jika LKS tidak terlibat dalam insiden tersebut, kenapa beliau begitu marah dengan sebuah filem hingga sanggup memfailkan saman terhadap penerbit filem tersebut?

Nampaknya LKS sendiri telah membuka siapa diri beliau sebenarnya dan telah membuktikan bahawa beliau mungkin terlibat sama, jika tidak, takkan LKS begitu marah dengan filem Tanda Putera.

PERTIKAI GELARAN PHD ADA MUSANG BERBULU AYAM

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata ijazah doktor falsafah (PhD) yang dimilikinya sejak 2002 mendapat pengiktirafan antarabangsa meskipun institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan ijazah itu tidak disenaraikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Menurutnya, baru-baru ini ada pihak yang mempertikaikan pemilikan PhD daripada Newport University, California, Amerika Syarikat itu dan pemakaian gelaran "doktor" oleh beliau dengan alasan institusi itu tidak diiktiraf MQA.

Bercakap kepada para pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama pengamal media massa Perlis di sini malam tadi, beliau hairan kerana isu itu dibangkitkan selepas 10 tahun beliau mendapat PhD.

Pada Jun lalu, ada individu yang membuat laporan polis berhubung gelaran yang digunakannya dengan alasan institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan ijazah itu tidak mendapat pengiktirafan.

"Ada yang kata saya beli PhD sedangkan saya bertungkus lumus belajar untuk mendapatkannya. Ia bukan sesuatu yang mudah," kata Md Isa yang juga ADUN Bintong.

Md Isa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis berkata, mungkin ada pihak yang tidak senang dengan jawatan Menteri Besar yang disandangnya menyebabkan mereka membangkitkan perkara itu selepas 10 tahun.

"Sebelum ini saya tidak menjawab komen mengenai perkara ini kerana tidak ingin memanjangkannya namun ada pihak menasihati supaya memberi penjelasan mengenainya," katanya.

Md Isa berkata, Newport University yang mendapat pengiktiran ISO 9001:1994, EN ISO 9001:1994 dan ANSI/ASQC Q9001:1994 daripada Llyod's Register Quality Assurance Limited (LRQA) kini telah dijenamakan semula dengan nama baru sebagai
Janus University mulai 2011.

Mengenai pemakaian gelaran doktor, beliau berkata, terpulanglah kepada orang ramai untuk menggunakannya atau tidak.

"Saya bukan doktor perubatan dan saya tak kisah jika ada yang tidak menggunakan gelaran itu. Yang penting saya telah mendapat ilmu daripada pengajian dan ijazah yang diiktiraf antarabangsa," katanya.

Beliau berkata, untuk berjaya dalam kehidupan perlu mengejar ilmu dan soal pengiktirafan MQA adalah satu perkara lain.

-BERNAMA-

Jumaat, 17 Ogos 2012

MP HULU SELANGOR PRIHATIN DENGAN KELUARGA 16 ANAK

Yang Berhormat P. Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor hari ini bersama-sama dengan Pusat Khidmat Aduan Belia Majlis Belia Malaysia (Ycare) telah melawat ke kediaman seorang mu'alaf di kawasan Bukit Beruntung.

Jonathal bin Asah yang mempunyai anak seramai 16 orang dilawati setelah berita tentang kesusahan serta kedaifan beliau mendapat liputan baru-baru ini.

P. Kamalanathan berkata bahawa pusat khidmat parlimen Hulu Selangor selama ini memang Barisan Nasional kawasan Hulu Selangor akan sentiasa membantu keluarga ini, dan memandangkan bahawa ini adalah bantuan jangka panjang, maka bantuan tersebut akan diberikan secara berperingkat.

Beliau juga berkata bahawa keluarga ini telah mendapat sumbangan serta bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan bantuan sebanyak RM 450 sebulan dan Pusat Zakat pula menyalurkan sumbangan dalam bentuk bayaran sewa rumah sebanyak RM 500 sebulan bagi mengurangkan beban keluarga ini.

Jonathal ketika ditanya pula mengatakan bahawa beliau amat menghargai segala bantuan yang telah diberikan oleh Pusat Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau juga berkata bahawa Ahli Parlimen Hulu Selangor begitu banyak membantu dalam meringankan beban beliau dalam membesarkan anak-anak.

Pengerusi Ycare Majlis Belia Malaysia pula berkata, usaha-usaha untuk mengesan mereka yang berada didalam kesusahan memang menjadi rutin bagi Pusat Khidmat Aduan Belia Majlis Belia Malaysia dan program ini dinamakan Sejam Bersamamu yang di jalankan sepanjang Bulan Ramadhan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 15 Ogos 2012

APABILA SUDAH TIDAK DIPERLUKAN LAGI



Sangakakala terkejut apabila membaca satu artikel dalam Malaysiakini hari ini, manakan tidak, Musyidul Am PAS mengatakan lebih baik Nasharudin Mat Isa keluar dari Parti.

Kenapa Nik Aziz sanggup berkata begitu? Bukankah satu masa dulu beliau adalah salah seorang pemimpin dalam PAS dan disegani?

Kenapa kini beliau dikatakan lebih baik keluar dari PAS?

Mungkin Nasharudin sudah tidak berguna lagi didalam PAS dan sudah tiba masanya beliau dihalau keluar dari parti tersebut.

Kesian juga nasib yang menimpa Nasharudin, mungkinkah ianya sama dengan nasib pemimpin-pemimpin lain yang tidak disenangi oleh komponen Pakatan Haram mereka.

Mungkin Nasharudin perlu memikirkan perkara ini sebelum ianya menjadi kemudaratan dalam karier politik beliau dimasa akan datang.

Ahad, 12 Ogos 2012

TAMRIN LUPA PADA SEJARAH ANWAR DAN TUN GHAFAR

Bekas pemimpin Umno, Datuk Mohd Tamrin Ghafar Baba secara rasminya menyertai PAS dalam satu majlis yang diadakan di markas PAS pada malam tadi.

Agaknya Tamrin lupa bahawa satu masa dulu Anwar Ibrahim telah membeli beberapa orang ketua bahagian untuk menjatuhkan allahyarham Tun Ghafar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan disitu jugalah bermulanya politik wang dalam UMNO.

Tapi mungkin juga Tamrin tidak mahu mengenangkan kisah itu kembali kerana dijanjikan jawatan yang membuatkan beliau hilang pertimbangan dan melupakan jasa UMNO terhadap negara dan mengabaikan segala perjuangan yang dilakukan oleh alhhayarham bapa beliau yang dianggap sebagai pejuang UMNO yang jitu.

Apa pun Tamrin memang dari dulu lagi dipandang lebih kepada pengikut pembangkang selepas beliau tidak lagi menjadi ahli parlimen.

Kata-kata beliau serta gerak geri beliau didalam menyokong pembangkang amat ketara dan ini adalah hasil dari apa yang dilakukan oleh beliau selama ini.

Jika ada lagi allahyarham Tun Ghafar, sudah pasti kekecewaan akan terpancar di raut wajah, anak yang diharap dapat meneruskan perjuangan beliau kini berpaling tadah dengan menyokong orang yang menjatuhkan beliau.

Khamis, 9 Ogos 2012

ADUN SEKINCHAN TIADA TUGAS DI KAWASAN

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim kali ini nampaknya cuba mencari salah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau cuba mengaitkan Datuk Seri Noh dalam projek menternak udang dalam kolam sedangkan Menteri Pertanian tersebut hanya terlibat dalam perjanjian sewa tanah kepada pemilik kolam.

Nampaknya ADUN Sekinchan yang satu masa dulu heboh dikatakan melanggar seorang remaja Melayu ini, tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap kemajuan ekonomi kawasan DUN yang di wakili beliau walaupun Pakatan Rakyat memrintah Selangor.

Ini turut dikatakan oleh Datuk Seri Noh secara sinis apabila meminta ADUN tersebut memberi perhatian kepada projek kondominium di Sekinchan dan bukan hanya menjaga atau mencari salah orang lain.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selasa, 7 Ogos 2012

BARU NAK MINTA MAAF LEPAS KENA HENTAM

ADUN DAP M Manoharan hari ini memohon maaf kepada Datuk Lee Chong Wei atas tulisannya semalam berhubung pencapaian pemain badminton negara itu di temasya Olimpik 2012 yang menerima cemuhan ramai.

Dalam tulisannya di Twitter hari ini, Manoharan memohon maaf kepada Lee dan keluarga atas tulisan yang dikesalinya itu.

"Saya amat mengesali komen yang saya buat dan memohon maaf setulusnya kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarga.

"Saya dengan ikhlas berharap permohonan maaf ini akan diterima," katanya.

Ianya bermula sejurus selepas lawan Lee, Lin Dan dari China kelmarin berjaya merangkul pingat emas dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki.

Sejurus keputusan itu, Manoharan menulis dalam Twitter bahawa Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada "Lee Chong AWAY..."
Manoharan antara lainnya dituduh bersifat perkauman apabila menulis bahawa lawan Lee itu "begitu bergaya, begitu moden, tidak kelihatan seperti orang lelaki China, tetapi dari China, penuh dengan tattoo."

Tulisannya menerima pelbagai reaksi daripada pengguna laman micro-blogging tersebut yang antara lainnya menjawab: "Ya, ya, orang Cina tinggal dalam hutan."

Malah, rakan-rakannya Manoharan dari Pakatan Rakyat - ADUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh dan ADUN PKR Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad - juga tidak senang dengan tulisannya.

Sabtu, 4 Ogos 2012

KHALID IBRAHIM GELISAH

Menteri Besar Selangor kini nampaknya lebih gelisah berbanding dengan apa yang dialami semasa kes Elizabeth Wong dulu.

Manakan tidak, kemungkinan selepas Rafizi di tahan oleh pihak berkuasa baru-baru ini, kemungkinan besar beliau pula akan ditahan atas akta rasuah.

Sangkakala kata begitu apabila melihat daripada situasi beliau yang bersungguh-sungguh untuk membeli hutang Talam Corp yang kemungkinan ada sangkut paut dengan Khalid.

Kita tunggu dan lihat saja nanti apa akan terjadi, jika dulu mereka mengatakan bahawa datuk Seri Khir Toyo bersalah kerana urusan tawar menawar dalam pembelian, kini kita akan lihat di mana Khalid juga akan di tahan di bawah akta pencegahan rasuah dimana ianya membabitkan beberapa urus niaga yang tidak munasabah seperti penjualan aset-aset Yayasan Selangor seperti yang di perkatakan oleh beberapa pihak.

Jumaat, 3 Ogos 2012

KENYATAAN DATUK IBRAHIM ALI TENTANG PENGERUSI HINDRAF

Presiden PERKASA mengeluarkan kenyataan beliau tentang kembalinya pengerusi HIDRAF ke Malaysia ikuti kata-kata beliau melalui laman facebook.

"Salam, Kenyataan Ketua Hindraf Waythamoorthy yangtelah kembali ke Msia satelah buruk imej Malaysia dan mencabar kedaulatan undang-undang sebelum lari keluar negara.

Saya amat tidak setuju dgn pendirian dan kenyataan IGP TS Ismail,katanya ketua pertubuhan haram ini boleh di beri peluang kedua.

Apakah undang-undang Malaysia berkuatkuasa bagi kali ke2.

Untuk kali pertama,boleh laku kesalahan untuk pertama,dan lepas dari undang-undang.

Saya rasa dalam dunia, Malaysia saja amal undang-undang macam ini, sebab itu, selepas Tun Mahathir jadi Perdana Menteri, undang-undang Malaysia tidak di hormati lagi.

Ketua Hindraf ini tak patut balik ke Malaysia sebab dakwaanya Malaysia amat buruk dan tidak adil kepada kaum India jadi balik buat apa.carilah negara leblh baik dari Malaysia.

Patut nya beliau secara sukarela menyerah balik kerakyatan Malaysia.

Saya kecewa sikap toleransi perlaksanaan undang-undang yg tak bertempat, tak ada maruah.

Tok Him Perkasa.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 2 Ogos 2012

MOHON PAS HANTAR UNIT AMAL KE ROHINGYA

Kalau diikutkan gambar di atas ini, kita melihat bahawa unit Amal PAS amat berani dan cukup berani untuk kita minta PAS hantar mereka ke negara yang sedang bergolak sekarang Rohingya.

Sangkakala yakin takkan Unit amal PAS hanya berani untuk menentang pihak polis semasa himpunan Bersih 3 di Kuala Lumpur tempoh hari yang menyaksikan ramai yang cedera termasuk anggota polis dan orang awam.

Kalau setakat itu je keberanian, lebih baik duk di rumah diam-diam jaga anak bini atau ibu bapa,.

Lagi pun, Unit Amal selalu mengatakan bahawa mereka amat gemar dengan kerja-kerja fisabilillah ni dan kalau boleh mereka ingin sekali mati dalam keadaan Syahid, nah itu sebab Sangkakala kata elok PAS memberikan peluang kepada mereka untuk mencapai cita-cita tersebut.

pssst..macam Unit Amal? Ada berani ka?

DAP SUDAH MULA BERMULUT LANCANG TERHADAP PAS


Benarkah DAP benar-benar ikhlas terhadap penyatuan mereka bersama-sama dengan PAS yang selama ini mengatakan mereka akan memperjuangkan islam dalam negara ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh mengatakan bahawa sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.

Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.

Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguan pun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan itu kata-kata Karpal Singh.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.

Karpal berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.

Karpal berkata, Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.
Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin itu juga kata-kata beliau.

Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan ujar beliau.
 
"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal.

Dengan kenyataan yang ada diatas, kita dapat membaca bahawa DAP hanya menggunakan PAS dalam usaha untuk mereka mendapat kuasa memrintah, tidak lebih dari itu dan mereka tidak kana berkompromi dengan PAS setelah apa yang dihajati oleh mereka terlaksana.

RAFIZI RAMLI BAKAL HILANG KELAYAKAN UNTUK BERTANDING PRU13






Akibat dari sikap yang suka menunjuk pandai dan menganggap dirinya bijak serta berani, kini ianya ternyata memakan diri pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi yang diakatakan akan bertanding sebagai calon PKR dikawasan Pandan mungkin perlu melupakan sementara hasrat beliau ekoran daripada penahanan dan pendakwaan yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia di bawah akta BAFIA.

Dalam undang-undang tersebut, jelas menunjukkan bahawa si pelaku atau tertuduh beoleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari 3 tahun atau denda sebanyak RM 3 Juta.

Mengikut undang-undang Suruhanjaya PilihanRaya pula, seseorang calon akan hilang kelayakan untuk bertanding setelah mahkamah menjatuhkan hukuman dan ianya mengambil masa selama 5 tahun untuk membolehkan seseorang itu bertanding semula mewakili parti atau calon bebas.

Untuk bacaan lanjut sila <klik>

Jika Rafizi disabitkan dengan kesalah ini dan dijatuhi mana-mana hukuman sama ada penjara melebihi setahun atau denda tidak kurang dari RM 2000 maka hasrat beliau untuk menjadi calon wakil rakyat hanya akan diperolehi selepas lima tahun akam datang.

Rafizi didakwa di bawah akta BAFIA kerana berhubung kes pencabulan undang-undang itu dengan mendedahkan butir-butir peribadi perbankan Pusat Fidlot Negara (NFC) dan pengarahnya.


Rafizi yang mengaku tidak bersalah dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai penjamin.

Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Tuan Aslam Zainuddin dalam keputusannya di kamarnya menetapkan tarikh perbicaraan pada 10 September depan.

Menurut Akta BAFIA (Bank & Financial Act) atau Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 menjadi satu kesalahan sekiranya dokumen peribadi syarikat diambil dari bank tanpa persetujuan pemiliknya, apatah lagi didedahkan kepada umum.

AKTA BAFIA PERLU DIKUATKUASAKAN SECARA OPTIMUM

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang didakwa baru-baru ini kerana mendedahkan akaun NFCorp adalah satu tindakan wajar oleh Bank Negara Malaysia bagi membuktikan bahawa negara ini memandang serius dengan kesalahan di bawah akta undang-undang BAFIA.

Ini kerana jika kita melihat di kemudian hari, syarikat daripada luar negara akan merasa lebih selamat untuk melabur di dalam negara dengan keyakinan bahawa semua maklumat sulit perbankan mereka di negara ini terjamin.

Jika akta ini tidak diambil serius, maka pelabur-pelabur ini kemungkinan nanti akan merasa kurang selesa apabila semua maklumat kewangan mereka boleh didedahkan dan ianya juga akan mengundang bahaya dari segi keselamatan pemilik syarikat.

Apa yang Sangkakala lihat, akta ini perlu dijalankan secara optimum bagi menjamin pelabur-pelabur asing mempunyai keyakinan di Malaysia.

Walau apa juga alasan yang diberikan oleh sesetengah pihak yang megatakan bahawa Rafizi mendedahkan kebenaran dan sebagainya, ianya perlu dilihat dari sudut lain dimana banyak kaedah untuk Rafizi membuat pendedahan atau sebagainya, tetapi bukan dengan mempamerkan atau mendedahkannya kepada umum.

Di luar negara contohnya, akta BAFIA dianggap satu akta keselamatan untuk para peniaga dan pelabur yang berniaga serta melabur ke negara mereka.

Demi untuk memajukan ekonomi negara melalui pelaburan dari luar, akta ini perlu dikuatkuasakan dan tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang mendedahkan akaun-akaun milikan orang lain.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 1 Ogos 2012

KEGAGALAN KERAJAAN SELANGOR TANGANI ISU AIR


Kerajaan Selangor masih gagal mengotakan janji mereka dalam menyelesaikan kemelut air kepada rakyat negeri itu apabila tidak mampu membekalkan keperluan air bersih secukupnya.

Masalah berlarutan lebih seminggu dihadapi penduduk dilihat semakin meruncing ketika umat Islam menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan ini.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata gimik politik yang dimainkan kerajaan Selangor berkaitan isu projek Loji Rawatan Langat 2 perlu diperjelaskan kepada penduduk negeri ini.

Katanya, rakyat mendapatkan bekalan air bersih di beberapa daerah termasuk Seri Kembangan jelas membuktikan rakyat tidak dipedulikan pemimpin pakatan pembangkang ketika ini.

“Kami tampil bertindak membantu rakyat menjelaskan isu air yang dilihat semakin sukar diselesaikan mereka di negeri ini, termasuk loji berkenaan.

Bukan isu Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang menjadi pokok persoalan, tetapi kedegilan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya pada sidang media sempena pengagihan tong air plastik percuma kepada penduduk Taman Pangsapuri Putra Budiman, dekat sini, semalam.

Hadir sama Penyelaras Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hong dan Ketua MIC Seri Kembangan, Datuk NK Sundram.

Pada majlis sama, Sohaimi mengagihkan 500 tong air plastik kepada penduduk taman itu yang gagal mendapatkan bekalan air sejak seminggu lalu.

Katanya, SYABAS membekalkan air secukupnya kepada penduduk di taman itu demi menjaga kepentingan pengguna, berbanding kerajaan negeri yang hanya sekali muncul menghantar satu lori tangki sehingga kini dalam tempoh seminggu lalu.

Beliau berkata, GPRS turut merancang membawa pemimpin masyarakat seluruh Selangor termasuk ketua kampung, wakil penduduk taman dan individu terpilih melawat loji Langat 2 di Semenyih, esok.

“Peranan mereka adalah bagi menjelaskan fakta sebenar mengenai isu air yang menjadi sandiwara politik kerajaan Selangor selama ini,” katanya.