Sabtu, 30 Jun 2012

ZUNAR TIDAK LAYAK MENERIMA ANUGERAH


Kartunis politik Zunar berkata beliau menolak anugerah yang dijadual disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pameran kartun dan animasi 1Malaysia di Pasar Seni, Ahad lepas.

Beliau berkata begitu dalam portal Malaysiakini semalam. Zunar menceritakan bagaimana beliau telah didatangi penganjur bersama acara itu  Cartoonist At Work (CAW) dan Putera Umno yang mahu beliau menjadi salah seorang penerima anugerah pencapaian kartunis.

Mungkin Putera UMNO tersilap agaknya, berapa banyak karya yang dihasilkan oleh Zunar hingga kerajaan perlu memberi penghargaan kepada beliau?

Rasa Sangkakala, ramai lagi yang lebih berbakat dan lebih bagus berkarya dari pada Zunar yang tidak memberi apa-apa sumbangan selama beliau melukis sebagai seorang kartunis.

Mungkin Putera UMNO cuma membuat tawaran, tetapi tidak bermaksud dalam erti kata lain bersungguh-sungguh untuk beliau menerima anugerah tersebut.

1 ulasan:

nonbal berkata...

Kartunis zunar.... Kartunis terkutuk sepanjang zaman.