Jumaat, 15 Jun 2012

SERUAN PAS LEBIH HEBAT DARI SERUAN ALLAH





Baru-baru ini kita telah di perdengarkan oleh satu seruan dari Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta supaya ahli PAS menangguhkan ibadat haji bagi tahun ini jika pilihanraya umum diadakan semasa musim haji nanti.

Adakah ini diperkatakan pegangan PAS yang mana mereka mengatakan bahawa mereka mendokong agama Islam tetapi dalam masa yang sama, mereka memperkotak-katikkan panggilan haji ke tanah suci Mekah.

Semalam Tuan Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa kenyataan beliau sebelum ini telah di manipulasikan oleh akhbar milik Barisan Nasional yang mana, beliau berkata hanya mereka yang terlibat secara langsung diminta untuk tidak menunaikan ibadah haji pada tahun ini jika pilihanraya diadakan pada masa itu.

Beliau juga berkata, tidak ada kerisauan dalam PAS kerana semua pemimpin parti itu telah menunaikan fardhu haji kerana kebanyakan dari mereka adalah veteran dalam parti tersebut.

Pelik juga Sangkakala apabila membaca kenyataan Tuan Ibrahim ni, kalau dah kata majoriti meraka sudah ke Mekah, kenapa perlu dirisaukan?

Lagi satu yang menjadi kemushkilan, adakah PAS takut jika pengikut-pengikutnya menunaikan fardhu haji mkaa sokongan terhadap parti itu akan berkurangan?

Apa yang Sangkakala tau, jika pilihanraya diadakan pada musim haji nanti, orang yang paling gembira sekali ialah Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng kerana dalam parti mereka (DAP) sudah tentu majoriti ahlinya tidak akan pergi ke Mekah dan sudah pasti mereka akan mendapat kelebihan dalam perkara ini.

Sudah-sudah la PAS, seruan Allah itu lebih penting dari seruan duniawi demi mengejar pangkat< jawatan serta kuasa, Balik lah ke landasan Islam yang sebenar, bukan mengejar segala yang boleh ditinggalkan kelak.

Tiada ulasan: