Rabu, 13 Jun 2012

KHALID GAGAP TERUS BUAT DUIT DI SELANGOR


Kita  semua tahu bahawa baru-baru ini Kementerian Pengajian Tinggi telah mengeluarkan arahan supaya PTPTN menarik semula pembekuan bagi pinjaman pelajar-pelajar UNISEL, ini berikutan kerajaan memandang kepada kebajikan pelajar-pelajar yang agak sukar untuk mendapat pembiayaan dari pada mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri Selangor.

Sebelum itu, kerajaan nebegri Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menjual tanah milik UNISEL dengan harga RM Tiga Puluh Juta yang kononnya untuk menampung pembelajaran penuntut-penuntut IPT tersebut.

Tetapi setelah kerajaan memberhantikan pembekuan ini, kenapa masih perlu kerajaan negeri menjual hartanah milik UNISEL itu? Adakah nilai tiga puluh juta mampu untuk menampung setiap kemasukan pelajar di dalam UNISEL?

Jika seorang pelajar memerlukan belanja RM Tiga Puluh Ribu, maka wang tersebut hanya mampu untuk menampung seribu orang pelajar, dan bagaimana pula dengan pelajar-pelajar yang lain selepas penerima yang ke seribu tersebut?

Sangkakala nampak ada kepincangan disini, Khalid Gagap yang memang terkenal begitu bijak menjadi broker hartanah ini mungkin akan mengambil komisen atau duit lebihan dari hasil penjualan tersebut.

Jika tidak begitu, masakan Khalid beriya-iya untuk menjual tanah milik UNISEL tersebut? Apakah kerajaan negeri Selangor kini begitu daif selama di perintah oleh Pakatan Rakyat sedangkan selama Barisan Nasional memerintah negeri itu, tidak terlihat mana-mana tanah milik UNISEL terjual, semua masih ada lagi sehinggalah kerajaan negeri bertukar tangan pada tahun 2008.

Ini bukan saja melibatkan tanah milik UNISEL, bahkan tanah-tanah lain juga turut terlibat seperti tanah-tanah Yayasan Selangor hinggakan ada ura-ura mengatakan bahawa kerajaan negeri juga bercadang untuk menjual bangunan Yayasan tersebut.

Jika ini dibiarkan berterusan maka Sangkakala percaya satu masa nanti negeri yang begitu indah ini akan hanya tinggal kenangan dan tidak akan ada lagi tanah-tanah milik kerajaan negeri, sebaliknya semua akan dijual dan mereka yang berada di tampuk pemerintahan akan menyamun semua hasil yang ada di negeri Selangor

Tiada ulasan: