Rabu, 20 Jun 2012

KEDAH TERUS ALAMI KEGAGALAN

Parti Gerakan Kedah mendedahkan satu lagi projek kerajaan negeri Kedah yang didakwa terbengkalai selepas tiga tahun dilancarkan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata projek itu ialah pembangunan Bandar Tunku Puteri di atas tanah milik kerajaan negeri di Gajah Mati, Pokok Sena dekat sini yang melibatkan pembinaan 528 rumah kos rendah dan 400 unit rumah mampu milik.

"Bandar berkeluasan 400 ekar (160 hektar) itu juga dirancang sebagai pusat pentadbiran daerah Pokok Sena yang baru diisytiharkan sebagai daerah kecil pada Februari 2009," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

Katanya ketika pihaknya melakukan tinjauan di tapak projek berkenaan beberapa hari lalu tiada sebarang kerja infrastruktur dimulakan dan kawasan itu juga sudah ditumbuhi semak samun manakala papan tanda projek sudah rosak.

Tan berkata projek berkenaan dikendalikan oleh anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) (yang dimiliki 55 peratus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah) iaitu Darulaman Realty.

Tiada ulasan: