Sabtu, 23 Jun 2012

KEBANGGAAN PAS DALAM MENYOKONG MAHASEWEL DATARAN

Masihkah anda semua ingat tentang wanita ini? Kalau lupa Sangkakala akan cuba imbas kembali ingatan pembaca tentang wanita dalam gambar di atas.

Bukankah wanita ini satu masa dulu sebelum kejadian keganasan BERSIH telah muncul di dalam himpunan mahasiswa yang menuntut supaya PTPTN dimansuhkan?

Takkan begitu mudah melupakan perempuan botak ini bukan?

Kita bukan sahaja dikejutkan dengan gambar wanita ini, tetapi semasa himpunan tersebut berlangsung, kita juga dikejutkan dengan hubungan bebas diantara pelajar lelaki dan perempuan.

Ada dikalangan mereka yang tidur bersama-sama dalam sebuah khemah dan ianya hanya dilihat oleh pihak yang bersuara lantang menyokong mereka serta menegakkan agama Islam iaitu PAS.

Sangkakala lihat, jika ini rupa orang yang juga disokong oleh PAS, makan segala apa yang diperkatakan tentang kedaulatan Islam hanya sia-sia, lebih baik PAS mengambil keputusan untuk tidak menjadi parti politik tetapi menjadi parti yang menjaga agama islam sahaja.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: