Sabtu, 2 Jun 2012

KASIH AZMIN KEPADA ANWAR LEBIH DARI KASIHKAN SHAMSIDAR

Mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Azmin dalam portal Malaysiakini pada hari ini, Sangkakala tertarik dengan ayat yang mengatakan bahawa beliau rela jika keluarganya hancur sekalipun demi kesetiaan kepada Anwar.

Kenapalah begitu singkat pemikiran si Azmin ni? Tapi mana taknya, nak kasihkan Shamsidar isteri beliau pun dah tak guna, sebab ada ura-ura yang mengatakan Shamsidar milik Anwar, jadi nak taknak kena lah kasihkan Anwar baru dapat Shamsidar.

Adalah sesuatu ytang malang apabila Azmin berkata begitu, mungkin juga beliau tidak menjengah ibu kandungnya sendiri iaitu mak tom pun sebab Anwar tak bagi agaknya.

Tapi pelik juga kenapa Azmin boleh mengatakan dalam kenyataan sama yang beliau telah melakukan ujian DNA kepada anak perempuannya, bila agaknya tu? Sebab setahu Sangkakala hanya kenyataan dibuat tetapi tiada bukti dilampirkan bersama untuk menguatkan bukti tersebut.

Kadang-kadang Sangkakala juga ada rasa kesian pada si Azmin ni, dia mengatakan bahawa UMNO sengaja membongkar kisah lama, yang sebenarnya UMNO tidak membongkar apa-apa pun kisah Azmin, cuma rakyat perlukan bukti nyata dan sahih bahawa segala cerita yang disebut tentang ANAK beliau itu benar-benar ANAK beliau bersama-sama Shamsidar.

Azmin juga berkata bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan adiknya, Umi Hafilda Ali yang kini sedang giat melakukan ceramah bagi membongkar siapa Anwar dan Azmin, kenapa tidak bersetuju? Adakah kerana semua yang dikatakan oleh Umi Hafilda itu tidak betul atau ianya memang betul dan Azmin tidak mahu perkara itu merosakkan karier politik beliau selama ini?

Beliau juga berkata semasa Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan pada tahun 1998 beliau diminta untuk membuat pilihan sama ada memilih Anwar atau Tun Mahathir yang pada ketika itu menjadi Perdana Menteri, dan beliau mengatakan bahawa beliau memilih Anwar demi untuk membela rakyat, pelik tu, kenapa semasa Anwar di pecat baru nak cerita pasal rakyat? Atau ada sesuatu yang tersembunyi diantara Anwar dan Azmin serta Shamsidar hingga membuatkan Azmin serba salah, dan akhirnya memilih untuk terus bersama-sama Anwar?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: