Jumaat, 1 Jun 2012

HIMPUNAN HIJAU TAMPARAN BUAT AMBIGA DAN ANWAR

Malam ini diadakan satu himpunan yang digelar sebagai himpunan hijau oleh PAS dalam stadium di negeri Kedah.

Tahniah kepada PAS kerana telah berjaya membuktikan kepada Ambiga dan Anwar bahawa PAS mampu untuk mengumpulkan pengikut mereka dalam sebuah stadium.

Ini yang sebenarnya adalah tamparan hebat buat Ambiga dan Anwar yang menganjurkan BERSIH di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PAS sebenarnya ingin membuktikan kepada Ambiga dan Anwar bahawa himpunan BERSIH adalah sesuatu yang gagal hingga menyusahkan semua pihak.

Tapi apa yang Sangkakala nak persoalkan disini, kenapa PAS mampu pula kali ni untuk berkumpul dalam stadium sedangkan semasa himpunan BERSIH dulu, unit amal PAS juga ramai yang terlibat?

Lagi satu, tak haram ke berhimpit-himpit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dalam himpunan tersebut?

Cuba PAS tolong jawab sikit.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: