Selasa, 26 Jun 2012

DUIT KERAJAAN SELANGOR LESAP LAGI cc @nohomar

Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Ching Eu Boon hari ini mendedahkan bahawa wujud campur tangan ahli majlis MBPJ dari DAP iaitu Tiew Way Keng yang menyalah gunakan kuasa untuk memberi kontrak kepada firma guaman bagi menguruskan kes yang melibatkan MBPJ.

Beliau dikatakan telah memberikan kontrak kepada firma guaman dengan kos RM55,000, sedangkan kontrak awal telah pun diberikan kpd firma guaman lain dengan kos hanya RM15,000 sahaja.

Ching berkata demikian pada satu sessi kenyataan akhbar di BN Selangor sebentar tadi.

Apa dah jadi ni, katakan Barisan Nasional mengamalkan sistem kroni bagi sesuatu projek, macam mana pula kenyataan ini boleh keluar?

Minta pihak SPRM menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut supaya wang rakyat negeri Selangor tidak disalah gunakan oleh mereka-mereka yang hanya pandai berkata itu dan ini.

Jika benar seperti apa yang di dakwa oleh Dr Ching, perbezaan sebanyak 40'000 bukanlah satu nilai yang kecil juga, pelbagai program untuk memberikan bantuan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan duit sebanyak itu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: