Khamis, 28 Jun 2012

DALANG DALAM KEMENTERIAN KEWANGAN DIKENAL PASTI

Semalam Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sekali lagi mendedahkan dalam Malaysiakini bahawa terdapat campur tangan Perdana Menteri dalam urusan sebuah projek.

Yang sebenarnya, perkara ini tidak pernah terjadi, dan Perdana Menteri tidak pernah merancang atau ingin atau turut serta mencampuri urusan projek tersebut.

Apa yang didedahkan oleh Rafizi semalam telah membuka jalan yang menghantui seluruh rakyat dimana kita semua tercari-cari siapa dalang didalam Kementerian Kewangan yang membocorkan segala rahsia kerajaan.

Sangkakala dimaklumkan oleh seseorang bahawa "makhluk halus" itu sudah dikenal pasti, dan tindakan undang-undang sudah pasti akan diambil dalam sedikit masa lagi.

Kalau tak silap Sangkakala kes sebegini boleh di dakwa mengikut akta OSA atau menyimpan rahsia-rahsia kerajaan.

Sangkakala juga dengar bahawa suspek ini bukan lah dikalangan pegawai biasa dalam Kementerian tetapi mempunyai kedudukan yang boleh dikatakan selesa juga.

Apa pun biarlah sesiapa yang bertanggung jawab itu menjalankan sisatan secara terperinci dan apabila telah cukup bukti kelak, heret je mangkuk ni ke muka pengadilan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa shj yg melakukannya, inilah si kitol abad ke 21! Tangkap dan hukum

Tanpa Nama berkata...

individu macam ni memang ada, mungkin atas berbagai sebab. tak dapat pangkat, kontrek atau apa-apa saja

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah Rakyat percaya apa yang dikatakan oleh blogger ini, tentang tiada satu yang berlaku sepertimana di hebahkan oleh Rafizi dan tentang orang yang bocorkan rahsia kerajaan, maka ketahuilah ini bermakna Dunia sudah hampir kiamat.