Rabu, 13 Jun 2012

CHUA JUI MENG JUGA DIJANJIKAN SYURGA

Chua Jui Meng dalam satu ceramah beliau mengatakan bahawa jika hudud diamalkan di negara ini maka pemimpin UMNO lah yang akan menjadi orang-orang pertama dikenakan hukuman potong tangan, beliau berkata begitu kerana mendakwa bahawa pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional merompak hasil minyak negeri Kelantan.

Dalam ceramah itu juga, beliau turut mengatakan menyebut maksud sebuah hadis yang mengatakan bahawa 'orang yang memberi dan menerima rasuah tidak akan masuk syurga'.

Kenapa Chua cakap begitu? Adakah Nik Aziz telah memberikan beliau pilihan untuk pergi ke syurga melalui pintu VVIP ciptaan Nik Aziz?

Dalam Al-Quran juga ada menyebut bahawa syurga itu adalah untuk orang Islam dan bukannya untuk orang bukan islam. Adakah Chua telah diislamkan oleh Mursyidul AmPAS hingga beliau boleh berkata begitu?

Chua agaknya malu untuk menyatakan bahawa beliau sendiri bertahun-tahun didalam kerajaan Barisan Nasional dan keluar akibat kekecewaan kerana tidak mendapat sokongan dalam pemilihan Agung MCA dan ini diketahui oleh semua rakyat di negara ini.

Dan hari ini apabila beliau menyertai PKR sudah mula pandai nak bercerita tentang Syurga neraka halal dan haram.

Sudah-sudah le tu Chua, jangan baru bertatih mahu berlari, sikit hari lagi jadi macam Zaid Ibrahim baru tau nak lompat parti lain pulak, atau mungkin akan menyertai parti KITA.

Beliau juga ada menyatakan bahawa beliau pernah ditawarkan untuk memegang jawatan di dalam syarikatsyarikat milik kerajaan dan ditawarkan dengan gaji lumayan tetapi beliau menolak jawatan tersebut kerana beliau memikirkan apa guna emas dan perak jika satu masa ditinggalkan juga.

Yang sebenarnya, Chua memikirkan bahawa gaji tersebut lebih tinggi dari gaji seorang menteri namun apabila mengetahui bahawa peluang untuk mendapat gaji seperti menteri adalah amat tipis maka semua tawaran tersebut ditolak dan beliau memilih untuk menyertai parti pembangkang yang kononnya akan berjaya meletakkan diri sebagai kerajaan di PutraJaya namun semua itu bakal meleset di pertengahan jalan.

Tiada ulasan: