Rabu, 20 Jun 2012

BETUL KE NI ARMAND-JANGAN SUMPAH-SUMPAH


Sangkakala tertarik tentang satu artikel dalam Malaysiakini tentang Armand Azha yang merupakan bekas Ketua Wira Perkasa Kebangsaan yang kini merupakan Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda Barisan Nasional tentang beliau hanya mendapat RM 1'700.00 sahaja sepanjang penglibatan beliau didalam pertubuhan tersebut.


Sepanjang perkenalan Sangkakala dengan Armand, Sangkakala dapata merasakan apa yang dikatakan oleh beliau adalah benar, bukan kerana seorang sahabat, tetapi Sangkakala sendiri telah beberapa kali terlibat dengan beberapa program bersama beliau.

Sepanjang tempoh itu juga, Armand seringkali merungut tidak mempunyai kewangan yang mencukupi dalam melaksanakan program-program, namun beliau bersyukur apabila pada akhirnya masih ada rakan-rakan dan sahabat seperjuangan tampil untuk menghulurkan bantuan disamping beliau menggunakan wang simpanan beliau sendiri.

Kenyataan sumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi yang diucapkan beliau dalam artikel Malaysiakini itu adalah satu kenyataan dan bukanlah bersifat diada-adakan.

Ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan beliau memperolehi AP kenderaan dan sebagainya, tapi Sangkakala lihat beliau tidak pula membuka kedai menjual kenderaan tersebut, beliau hanya bekerja dengan sebuah syarikat menjual kenderaan sebagai jurujual.

Jadi pada Sangkakala, tuduha-tuduhan begitu juga tidak berasas sama sekali, perjuangan Armand telah Sangkakala lalui bersama-sama beliau semasa himpunan patriot, mungkin ramai yang tidak sedar bahawa dalam ramai-ramai yang ada disitu, Armand telah tampil ke hadapan dan akhirnya melihatkan beliau (bersama Sangkakala) ditembak dengan meriam air oleh FRU yang mengawal keadaan pada masa itu.

Sangkakala ucapkan tahniah pada Armand kerana beliau juga meninggalkan PERKASA kerana hasrat beliau untuk memberikan laluan kepada muka baru bagi menerajui pertubuhan itu.

Tiada ulasan: