Jumaat, 11 Mei 2012

PESERTA BERSIH KETAKUTAN SAMPAI MINTA JAMINAN KESELAMATAN

Dalam kenyataan Presiden PAS didalam Malaysiakini hari ini jelas menunjukkan bahawa peserta BERSIH yang membuat kekacauan dan keganasan dalam insiden pada 28 april yang lalu rupanya penakut.

Adakah mereka ini hanya berani apabila mereka didalam kelompok yang ramai dan apabila keseorangan mereka akan menjadi penakut serta tidak berani menghadapi apa yang mereka telah lakukan?

Hadi berkata bahawa PAS memerlukan jaminan dari pihak polis tentang keselamatan mereka yang dikehendaki menyerah diri kepada pihak polis.

Hadi juga menjelaskan bahawa "Bagaimana mungkin mereka yang dipanggil menyerah diri ini dapat dijamin keselamatan mereka dan tidak berdepan dengan kemungkinan tindakan kekerasan dan dipukul sekali lagi semasa siasatan dijalankan?" soalnya.
Setakat 9 Mei, polis menyiarkan 141 wajah, tanpa nama, peserta BERSIH yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Sangkakala nasihatkan kepada semua yang dikehendaki oleh polis supaya menyerah diri, Pakatan Pembangkang hanya akan meminta jaminan, tetapi mereka tidak akan menjamin anda semua keluar dari penjara atau dikenakan tindakan undang-undang.

Berani buat berani lah tanggung, jangan hanya jadi ayam tambatan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tu bukan soal tak berani,soalnya tak percaya pada system yg dah rosak...dirosakkan oleh pemimpin umno ngoook

Tanpa Nama berkata...

haha...kang ade plak kuar berita..."bukan dibunuh, bukan bunuh diri"

Tanpa Nama berkata...

Bagi memudahkan kerja polis sy cdgkan smua yg menyertai demo 3.0 menyerah diri krn polis mengatakan demo tu hari haram.jd x perlu polis tercari2 lg org yg menyertai demo tu ari.klu ada kes beramai2 lah naik mahkamah..paling lama pun 5 thn br abis perbicaraan.

Tanpa Nama berkata...

ghupo..lagok mace jante..ghuponyo tino..Ha..Ha..Ha..Haaaa

Tanpa Nama berkata...

eh.. der, pemimpin umno jgk yg slh ke? yg pegi join bersih tu bt pe? bodo.. da kate jgn join, sebok sgt nk tunjuk perasaan bagai smpai rosak harte bende awam...
ade pihak pngjur tanggung kerugian smue?? msg2 slhkn pihak lain ade la! mengong....
memalukn melayu btl la sape yg sokong kapir ambigai tu!