Isnin, 21 Mei 2012

PERJUANGAN HINDRAF ADA UDANG SEBALIK BATU

Seperti yang Sangkakala jangkakan satu masa dulu, perjuangan HINDRAF hanyalah retorik semata-mata, ini jelas terbukti bila HINDRAF bercadang untuk bertanding di dua kerusi parlimen serta DUN di Selangor.

Jika satu masa dulu HINDRAF mengatakan bahawa mereka berjuang untuk kesamarataan, tetapi kini sudah nampak dengan jelas serta ketara bahawa HINDRAF hanya inginkan tempat untuk meletakkan calon bagi tujuan berpolitik.

Ketua HINDRAF, Uthayakumar akan bertanding di dua kerusi – parlimen Kota Raja dan di DUN Sri Andalas.

Kawasan parlimen Kota Raja kini diwakili oleh Dr Siti Mariah Mahmud (PAS) manakala Sri Andalas oleh Dr Xavier Jayakumar (PKR).

Inilah perjuangan HINDRAF yang sebenar, untuk menjadi calon serta menjadi wakil rakyat, jika mereka berjaya, HINDRAF sudah pasti akan melupakan perjuangan asal yang kononnya mereka berjuang untuk kesamarataan kaum India di Malaysia.

Lagi satu, Sangkakala dapat rasakan mereka ini akan bergaduh sesama sendiri memandangkan kawasan yang ingin ditandingi oleh Uthayakumar kini dimiliki oleh PAS serta PKR dan HINDRAF bercadang untuk menjadi calon bebas.

Persoalannya, adakah PAS dan PKR akan membiarkan Uthayakumar datang ke dua-dua kawasan ini?

Persoalan hanya boleh dijawab oleh pengikut Pakatan Rakyat dia kawasan-kawasan tersebut.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: