Khamis, 3 Mei 2012

ORANG DALAM GAMBAR NI HANYA PANDAI BERCAKAP



Setelah apa yang terjadi di Dataran Merdeka pada 28 april lepas, nampaknya Sallahuddin Ayub hanya pandai berkata-kata, tetapi ternyata beliau tidak mengetahui apa yang terkandung dalam setiap patah perkataan yang keluar dari mulut beliau.

Beliau mengatakan bahawa dalam himpunan BERSIH 3.0 itu jelas kelihatan pihak polis melakukan kekejaman terhadap orang ramai.

Persoalannya ialah, adakah orang ramai yang disebut oleh Salahuddin itu adalah orang awam atau peserta himpunan? Kedua-dua ini ada bezanya, jika peserta himpunan, meraka memang telah datang untuk melakukan demonstrasi dan jika orang awam mereka datang untuk beriadah.

Jika mengikut kata Salhuddin, ianya seolah-olah menggambarkan bahawa pihak polis dengan sewenang-wenangnya mahu mengambil tindakan terhadap rakyat, sedangkan itu tidak berlaku sama sekali.

Pihak polis mengambil tindakan setelah peserta merempuh masuk ke dalam kawasan Dataran Merdeka yang telah dilarang oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan ianya menjadi tempat larangan bermula dari 28 april hingga 1 mei.

Jadi apa bila larangan ini dibuat, pihak polis mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan bagi menghalang daripada peserta- peserta ini masuk ke kawasan tersebut. Dan pihak polis juga telah mengambil tindakan yang sewajarnya dengan cara membuat benteng pertahan badan selain dari benteng plastik kawat berduri serta pagar yang mana semuanya di rempuh oleh para peserta himpunan.

Tetapi, dengan apa yang dikatakan oleh Salahuddin seolah-olah, pihak polis perlu membiarkan sahaja apa yang terjadi, dan membiarkan sahaja keadaan menjadi huru-hara dan itu mungkin dikatakan oleh pemimpin bangang PAS seperti Salahuddin adalah yang terbaik. Sedangkan mengikut  Akta Himpunan Aman 2011 telah memperuntukkan bahawa Akta ini memberi kuasa kepada polis untuk mengeluarkan arahan bersurai menggunakan kekerasan yang munasabah sekiranya sesuatu perhimpunan itu menyalahi peraturan. Adakah pihak penganjur mengikut atau meminta pengikutnya supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan?
Sangkakala tetap mengatakan polis di Malaysia dan pihak Kementerian Dalam Negeri adalah yang terbaik kerana tiada langsung kehilangan jiwa di laporkan berlaku. Dan ini membuktikan bahawa pasukan PDRM telah menjalankan tugas dengan sempurna. Tahniah PDRM serta KDN.

1 ulasan:

ShahZuina berkata...

diorang ingat pihak polis tu mcm diorang agaknya... buat keje tak berfaedah....