Rabu, 2 Mei 2012

KERAJAAN SELANGOR TIDAK MENGHARGAI PASUKAN POLIS



Kerajaan Selangor hari ini cuba untuk mengalihkan pandangan umum tentang keganasan yang dimulakan oleh peserta-peserta himpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka. Didalam portal Malaysiakini hari ini jelas melihat bahawa Khalid selaku Menteri Besar Selangor menyokong tindakan mengikat reben kuning yang kononnya adalah simbol kebebasan media.

Wartawan Selangor Times telah meminta supaya Khalid serta beberapa orang EXCO kerajaan negeri mengikat reben tersebut sebelum sidang media di lakukan.

Khalid nampaknya secara terang-terangan telah menghina anggota polis yang mengawal ketenteraman semasa himpunan tersebut berlangsung di Dataran Merdeka. Apa yang Sangkakala cuba sampaikan disini ialah, jika Khalid Ibrahim atau lebih sinonim dipanggil sebagai Khalid gagap memihak kepada wartawan semata-mata dan menyebelahi mereka, bagaimana pula dengan anggota polis yang telah tercedera serta dirawat di hospital? Adakah mereka ini tidak perlu dibela?

Khalid juga menyatakan di dalam sidang media tersebut bahawa beliau amat simpati dengan nasib wartawan yang didakwa dipukul serta dikasari oleh pihak polis, tetapi beliau tidak pula mengecam tindakan Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan memberi arahan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang kini boleh digelar Azmin porno untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka serta menyerang anggota polis yang bertugas disitu.

Tiada ulasan: