Khamis, 3 Mei 2012

AZMIN TERKELUAR DARI SENARAI MENTERI BESAR SELANGOR

Kita dikejutkan dengan pendedahan gambar-gambar porno yang dikatakan mirip kepada Timbalan Presiden PKR baru-baru ini. Apa yang dapat dilihat ialah, perkara ini seolah-olah dirancang oleh kepimpinan tertinggi parti itu juga, ini dapat kita perhatikan dalam beberapa sudut dan Sangkakala akan nyatakan satu demi satu dalam artikel kali ini.

Cuba kita lihat dalam akhbar Selangorkini baru-baru ini, kita dapat melihat bahawa 3 bentuk artikel yang membabitkan Nurul Izzah iaitu naib Presiden PKR yang juga adalah anak kepada Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dan Wan Azizah sebagai Presiden PKR itu sendiri. Persoalannya ialah, kenapa Selangorkini, akhbar tabloid yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor beriya-iya sangat mempromosikan Nurul Izzah yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?

Adakah ini salah satu cara untuk mempromosikan Nurul Izzah sebagai calon ADUN di Selangor dalam PRU13 nanti dan sekiranya Pakatan Rakyat masih memerintah negeri itu Nurul Izzah akan diangkat sebagai Menteri Besar wanita yang pertama di tanah air ini?

Dari aspek lain pula, Azmin kini menduduki tangga kedua tertinggi dalam kepimpinan PKR dan perlu diingat, semasa pemilihan PKR yang lalu kalau tidak silap, Nurul Izzah juga ada menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut jawatan tersebut dan kemudiannya menarik diri.

Jika kita mengkaji semula situasi ini, tidak mustahil jika ianya dilakukan untuk memberikan Nurul Izzah laluan mudah dalam memenangi kerusi timbalan presiden mahupun presiden setelah gambar-gambar yang amat memalukan ini tersebar di blog-blog serta media-media lain.

Jika Nurul Izzah memenangi kerusi timbalan presiden, dan jika beliau bertanding sebagai ADUN negeri Selangor, sudah tentulah beliau akan menjadi Menteri Besar, dan Azmin akan mejadi mangsa keadaan dimana gambar-gambar tersebut menjadi liabiliti kepada dirinya.

Bagaimana pula dengan Azmin yang selama ini bercita-cita untuk memegang jawatan presiden dengan keaiban yang ada sekarang ini? Adakah ianya akan menjadi bayang-bayang atau ianya akan menjadi kenyataan?

Kita perlu faham bahawa politikAnwar Ibrahim sememangnya kotor sejak dari dalam UMNO lagi, dan kekotoran itu juga yang menjadi badi didalam UMNO sebenarnya. Adalah tidak mustahil sekiranya beliau bercita-cita untuk menjadikan PKR adalah sebuah parti keluarga dimana semua jawatan tertinggi adalah dimiliki oleh anak-beranak beliau.

Percaturan politik Anwar bukan sahaja didalam parti, tetapi kini beliau sedang cuba menyalakan api kebencian rakyat terhadap kerajaan dengan mengatakan kerajaan ini zalim dan sebagainya. Sedangkan kezaliman itu ada dalam diri Anwar Ibrahim sendiri tetapi beliau telah menyorokkan serta menyimpannya dengan janji-janji manis yang di taburkan.

Tiada ulasan: