Selasa, 10 April 2012

PRESIDEN GB4B MALAYSIA MELARANG KERAS AHLI DARI MENYERTAI HIMPUNAN BANTAH PTPTN

Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Saudara Mua'amar Ghadafi hari ini melarang keras ahli-ahli Gerakan Belia 4B di seluruh negara dari menghadiri himpunan seperti yang dianjurkan oleh gerakan anti ptptn pada 14 hari bulan nanti.

Beliau yang ditemui pada sidang rundingan meja bulat ptptn yang diadakan di hotel Vistana petang ini juga berkata, "adalah lebih baik jika semua belia-belia di seluruh negara berhimpun pada hari himpunan jutaan belia yang akan diadakan nanti pada bulan 5 nanti.

Beliau juga berkata bahawa himpunan seperti ini hanya digunakan oleh parti pembangkang demi untuk mencapai apa yang dihajati oleh mereka.

Mereka juga bertindak mneggunakan para belia khususnya yang masih lagi belajar untuk menghuruharakan negara dan ini adalah amat merugikan.

Tiada ulasan: