Selasa, 3 April 2012

PAS TIDAK MENERIMA KETENTUAN ALLAH

Mengikut artikel yang Sangkakala baca dalam Harakahdaily kelmarim jelas menunjukkan bahawa PAS yang selama ini mengatakan bahawa mereka menerima ketentuan Qada' dan Qadar tidak sebegitu. Dalam artikel yang menceritakan kisah adik Nur Suhaila Tukiman itu PAS menagtakan bahawa pasukan perubatan di negara ini seolah-olah tidak mempunyai potensi untuk menyembuhkan penyakit.

Bukankah kerja untuk menyembuhkan itu adalah kerja Allah dan ianya ditentukan tidak kira dimana manusia menjalani rawatan. Dalam kes adik tersebut, PAS mengatakan bahawa pasukan perubatan Dubai telah berjaya menyembuhkan penyakit congenital disoder melalui pembedahan yang dijalankan dinegara arab tersebut.

Ini juga jelas menunjukkan bahawa PAS tidak mengiktiraf doktor-doktor perubatn di Malaysia selama ini. Perlu diingat bahawa semasa Nik Aziz terlantar di Institut Jantung Negara tidak ada doktor dari luar yang membantu beliau dalam mengurangkan masalah jantung yang beliau alami dulu.

Oleh kerana seorang pesakit yang berjaya menjalani pembedahan diluar negara maka dengan sewenang-wenangnya PAS mengatakan bahawa pasukan oerubatan di negara ini tidak bagus dan tidak mampu memberikan bantuan kepada pesakit tersebut.

Sangkakala rasa penulis artikel itu perlu lebih mendekati pasukan perubatan dan belajar muhasabah diri dengan cara pergi ke hospital-hospital serta melihat sendiri betapa ramai pesakit yang berjaya dibantu oleh pasuka perubatan Malaysia.

Hinggakan negara-negara yang dilanda peperangan serta musibah masih menggangap Malaysia mempunyai pasukan perubatan terbaik. Penulis artikel juga perlu melihat dan perlu mengatahui bahawa ramai rakyat dari luar negara yang datang ke Malaysia untuk mendapatkan bantuan perubatan. Janganlah hanya kerana seorang pesakit berjaya dibedah maka jasa pasukan kesihatan kepada pesakit lain yang bejaya disembuhkan dinafikan pula.

Tiada ulasan: