Ahad, 15 April 2012

GERAKAN BELIA 4B TERUS MEMBERIKAN KHIDMAT DI KAWASAN BANJIR

Hari ini kawasan banjir di Kuala Dipang Kampar dipenuhi dengan pasukan sukarelawan dari Skuad 4B Prihatin Gerakan Belia 4B Perak. Pasukan yang diketuai oleh saudara Ibnu Rasyid yang juga merupakan Penolong Setiausaha Gerakan Belia 4B Perak turun bersama-sama dengan 150 orang ahli sukarelawan Skuad 4B Prihatin Perak.


Bantuan ini diberi keutamaan kepada kerja-kerja pembersihan rumah mangsa yang dipenuhi lumpur akibat dari banjir lumpur yang melanda di kawasan itu baru-baru ini.

Menurut kata Pengerusi Gerakan Belia 4B Perak, saudara Mua'amar Ghadafi Jamal semenjak kawasan Kuala Dipang dilanda musibah itu, Gerakan Belia 4B Perak tidak berhenti-henti memberikan bantuan bagi meringankan beban mangsa.

"Ini adalah kerja amal kami yang biasa kami lakukan dimana-mana juga kawasan yang dilanda musibah" kata beliau lagi. Ghadafi yang juga merupakan Presiden Gerakan Belia 4B berkata lagi, dalam tempoh beberapa hari ini GB4B Perak telah menurunkan sukarelawan berkekuatan lebih dari 600 orang dalam usaha membantu mangsa.

Gerakan Belia 4B dikhabarkan akan terus memberikan khidmat sehingga semua kerja-kerja pembersihan ini selesai dan mangsa dapat pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.

Sangkakala ucapkan tahniah kepada GB4B Perak yang begitu perihatin dalam membantu mangsa yang kini berada dalam keadaan yang amat memerlukan. Tahniah sekali lagi.

Tiada ulasan: