Jumaat, 23 Mac 2012

SERAH BATU NISAN TANDA PELAJAR KURANG AJAR

Tindakan pelajar IPTA yang menghantar memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi petang ini menunjukkan betapa kurang ajarnya pelajar-pelajar dewasa ini.

Sangakala mengatakan kurang ajar ini bukanlah kerana memorandom tersebut, tetapi apabila pelajar-pelajar seramai 80 orang ini cuba memberikan batu nisan yang kononnya melambangkan kematian pelajar kepada Menteri Pengajian Tinggi hanya semata-mata pilihanraya kampus masih belum dijalankan lagi.

Adakah pilihanraya kampus tersebut memberikan kehidupan kepada pelajar-pelajar terbabit? Bukankah pelajaran itu yang bakal menentukan masa depan mereka sama ada cerah atau gelap? Sejak bila pilihanraya kampus menentukan masa depan pelajar?

Bagi Sangkakala, tindakan pelajar-pelajar ini mungkin didalangi oleh individu tertentu atau parti politik bagi membantah perkara terbabit.

Ini semua adalah lanjutan dari kes Adam adli yang bertindak menurunkan bendera gambar Perdana Menteri Malaysia.

Sangkakala berpendapat, pelajar-pelajar yang kurang ajar begini elok di keluarkan dari IPTA, dan biar mereka belajar di kolej-kolej swasta dan baru mereka rasa perit jerih untuk membayar setiap mata pelajaran. Lagi pun mereka ini semua Sangkakala anggap tidak tahu bersyukur atau kufur nikmat yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mereka.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pelajar yg bertamadun mempunyai akal fikiran yg waras dan beretika. Sesuatu usul atau cadangan mstlh disampaikn dgn cara yg bertamadun dan berakhlak. Ini cara manusia zaman neolitik, saya pernah mjdi stdnt dan belajar smpi oversea alhamdulilah mempunyai phd, menuntut ilmu tu lbh penting drpada menuntut pekara yg sma skli tiada kne mgena dgn pelajaran, sedarlah mahasiswa dan mahasiswi, kamu semua blh bersuara, tpi jgn membuat tindakan yg merosakkan anda semua. Fikir scra waras, kamu harus bijak dan pandai menilai mna pekara yg harus diutamakn terlbh dahulu..