Selasa, 27 Mac 2012

KENYATAAN ORANG ASLI KELANTAN BUKTI KERAJAAN PAS GAGAL

Kenyataan seorang wakil orang Asli di Lobi Parlimen hari ini membuktikan bahawa kerajaan PAS di kelantan gagal dalam melaksanakan apa yang diperlukan oleh rakyat dari kaum tersebut.

Dalam kenyataan wakil orang asli Kelantan Ajom Alang, beliau mengatakan bahawa kerajaan Kelantan cuba untuk memberikan tanah kepada mereka sedangkan selama Barisan Nasional memerintah negeri tersebut tidak terlaksana.

Sangkakala ingin bertanya, adakah kerajaan PAS di Kelantan baru berusia 5 tahun? Kerajaan PAS sudah memerintah Kelantan lebih dari 20 tahun dan dalam kenyataan tersebut kerajaan PAS masih lagi mencuba, sedangkan kuasa untuk meluluskan tanah adalah dibawah kuasa Menteri Besar Kelantan sendiri. ianya tidak melibatkan kerajaan Pusat dalam pemberian tersebut.

Sangkakala juga merasakan sesuatu apabila hanya 10 orang yang hadir bagi mewakili kaum Asli tersebut dan mereka mendakwa bahawa mereka adalah wakil masyarakat Asli di Kelantan, adakah semua orang Asli tahu akan kehadiran atau pemergian 'wakil' mereka ini ke Parlimen?

Sedangkan sebelum ini, ramai dikalangan orang asli melaporkan bahawa tanah mereka diceroboh dan dirampas oleh kerajaan PAS dan Ladang Rakyat yang dijanjikan kepada mereka hanya tinggal janji.

Baru-baru ini juga ada perkhabaran bahawa ada keluarga yang terpaksa hidup dalam keadaan daif sedangkan mereka telah dijanjikan untuk diberi tanah dalam skim ladang rakyat yang diilhamkan oleh PAS di negeri tersebut.

Agaknya PAS telah menggula-gulakan sekumpulan kecil masyarakat asli ini dengan cara membawa mereka ke parlimen dan meminta mereka mengeluarkan kenyataan sebegitu walaupun pada hakikatnya mereka teraniaya.

1 ulasan:

Assassin Cyber berkata...

Salam perjuangan, minta linkkan blog saya di blog hebat ini.

http://assassincyber.blogspot.com